Parlimen Bubar

Oleh Wartawan KLpos.com

PUTRAJAYA: Parlimen dibubarkan hari ini (13 Feb’08) bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Sementara itu, sumber KLpos.com memberitahu pernamaan calon dijadulkan pada 20 hari bulan dan pengundian pada 1 Mac depan.

Pesanan DPPWP : Pak Lah telah umumkan pembubaran Parlimen pada 12.30 tengah hari tadi. Semua Jentera PAS diarah bekerja sepenuh masa & tenaga untuk kemenagan BA diseluruh Negara.

Tinggalkan jawapan