Bukti Tengku Nan pergunakan remaja yang masih bersekolah.

Proses penamaan calon telahpun melabuhkan harinya dan sekali lagi kita dapat menyaksikan tipu daya dan permainan kotor SPR dan juga jentera pilihanraya Umno-Bn diseluruh negara. Antaranya ialah bagaimana layanan berat sebelah, pilih kasih dan tutup mata SPR di dalam hal ‘duti setem’.

Jika SPR dengan halnya sebagai budak-budak suruhan Umno-Bn. Kali ini kita lihat pula bagaimana Tengku Nan, calon Umno-Bn Parlimen Putrajaya yang mempergunakan remaja yang masih bersekolah untuk terlibat dan bekerja sebagai juak-juak mereka.Berita awal yang diperolehi dari juak-juak mereka mengatakan bahawa perarakan penamaan calon Umno-Bn akan disertai oleh 3000 orang ahli. Tapi ternyata yang datang tidak ramai, malah menggunakan bas untuk mengangkut remaja-remaja ini.

The camera never lies:

Baca lagi »

Sekitar Penamaan Calon PAS di Parlimen P-125 Putrajaya

Gambar-gambar yang sempat dirakam.

Baca lagi »

Calon BN Titiwangsa dipilih untuk kuasai tanah Kg Baru?

Oleh Tarmizi Mohd Jam

KL: Potensi PAS menang di Titiwangsa cerah. Dr. Lo’ Lo’ Datuk Ghazali jika nak dibandingkan dengan calon BN, jauh lebih hebat dan jauh lebih mesra rakyat.

Calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir adalah Pengerusi Masjid Kg. Baru, iaitu sebuah perkampungan Melayu yang mundur di tengah ibu kota.

Baca lagi »

Suasana Penamaan Calon Di Gombak dan Titiwangsa

Barisan Alternatif menamakan Pengarah pilihan raya dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calonnya untuk bertanding di Parlimen Gombak manakala AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali akan bertanding untuk Parlimen Titiwangsa.

Pemerhati politik negara berpendapat kedua-dua kerusi Parlimen tersebut mampu dimenangi oleh Barisan Alternatif dan berikut ialah video klip suasana penamaan calon bagi kedua-dua kawasan parlimen berkenaan.

“>http://www.youtube.com/v/aety2qS8pmQ&rel=1&border=0]

Peguam Wanita Bukan Islam Calon PAS di Tiram

Oleh IndianMalaysianOnline
Terjemahan GB

Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Mahfodz Mohamed (kiri) besama Kumutha Raman, wanita bukan-Islam pertama yang dicalonkan oleh Parti yang akan bertanding di DUN Ulu Tiram. Di kanannya ialah abangnya R. Logeswaran.

JOHOR BARU: Kumutha Raman kelihatan agak gementar didekati wartawan, bersama komputer riba dan perakam suara, berasak untuk satu sesi wawancara dengannya.

Lulusan undang-undang berusia 29 tahun itu baru saja dinamakan sebagai calon bukan Islam pertama Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum pada 8 Mac ini.

Baca lagi »

Dr Lo’ Lo’ Boleh Menang Tanpa Bertanding Jika SPR Terima Bantahan?

Oleh Tarmizi Mohd Jam


Jika bantahan kedua dan ketiga diambil kira, pastinya Dr. Lo’ Lo’ Ghazali sudah bergelar YB menang tanpa bertanding.

CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali menyifatkan SPR sebagai “pelawak” apabila tiga bantahan yang dikemukakan ditolak mentah-mentah oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon.

Menurut Dr. Lo’ Lo’ yang menyampaikan ceramah sejurus keluar dari Pusat Penamaan Calon kira-kira jam 11.15 pagi, tiga bantahan dikemuakan ke atas calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir.

Baca lagi »

Presiden PAS diarak lima ribu penyokong, Umno Marang kucar-kacir

Oleh Mohd Rashidi Hassan | Foto Nasir Sudin

ImageMARANG, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.

Baca lagi »

Pelbagai Bantahan Tapi Tiada Dipedulikan SPR

Oleh malaysiakini

Pelbagai bantahan dikemukakan terhadap pencalonan beberapa calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bantahan itu antaranya dikemukakan oleh calon PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali di parlimen Titiwangsa terhadap pencalonan Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir kerana mengesyaki akuan bersumpah Aziz tidak mempunyai duti setem.

Baca lagi »

Undi BA, jadikan Pak Lah Ketua Pembangkang di Parlimen

Oleh Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 25 Feb (Hrkh) – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat memberikan undi pada Barisan Alternatif (BA) dalam pilihan raya kali ini untuk memastikan Presiden Umno menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum pada 8 Mac nanti.

Baca lagi »

Mungkin Orang Cina Pandai Berpolitik

Oleh Ibrahim Ibrahim

Apakah ada perbezaan cara orang-orang Melayu berpolitik berbanding dengan orang-orang Cina? Jika kita teliti sejarah dan ‘pattern’rang-orang Cina mengundi kita dapat membuat sedikit rumusan tentang cara mereka mengguna pilihanraya umum demi untuk kepentingan bangsa mereka. Kita akan dapat lihat seolah-olah ada sesuatu permainan yang bijak dalam memilih calon/parti yang bertanding.

Baca lagi »

PAS bingung SPR mansuh duti setem

Oleh Muda Mohd Noor

kemaskini 11pm Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memansuhkan pada saat-saat akhir bayaran duti setem ke atas calon-calon dalam pilihanraya umum kali ini.

Baca lagi »

BN akui bimbang dengan pembangkang

Oleh Abdul Halim Mohd Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) – Barisan Nasional (BN) ternyata bimbang dengan kesungguhan pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini. Menurut bekas Ketua Pengarang NSTP, Datuk A Kadir Jasin, ketika beliau berada di Pahang semalam, “orang BN, yang saya bercakap dengan mereka, bimbang”.

Baca lagi »