• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Empat tahun yang “black out”

Oleh Sang Kelembai

 Dalam jangka dua bulan ini kita merayakan tiga kali tahun baru, di awal dengan tahun baru 2008, tahun hijrah 1429 dan minggu yang lalu tahun baru Cina. Maka mungkin ada banyak orang yang bertanya-tanya apakah di tahun 2008 ini dan menjelang PRU-Pilihan Raya Umum yang akan diadakan bila-bila masa sekarang boleh mendatangkan perubahan-perubahan besar yang menguntungkan negara dan bangsa khasnya orang Melayu?

Jika meneliti empat tahun yang berlalu di bawah pentadbiran “The Invisible Government” yang dikuasai oleh tiga beranak yang sedang memerintah Malaysia iaitu Abdullah Hj Ahmad sebagai “Saya Perdana Menteri”, anaknya Kamaludin Abdullah yang memunggah semua perniagaan kerajaan atas nama Scomi yang di darat, lautan dan di langit dan menantunya Khairy Jamaludin anak muda yang punya wang tak kurang RM100 juta tunai kerana menjual kepentingannya dalam ECM-Libra dengan tidak bersusah payah kecuali mendapat komisen menjual Bank Bumiputra yang bertukar nama kepada CIMB.

Rakyat/pemilih berbagai kaum di Malaysia telah dikecewaka bila mereka ini yang lari dalam PRU 1999 menyokong semangat reformasi kemudian kembali memberi sokongan kepada UMNO/Barisan apabila Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan Perdana Menteri dan diganti oleh seorang dengan kononnya imej anak Ulama besar yang Arifbillah, Mr Clean yang tidak mencari harta bertimbun-timbun atau mencari kawan untuk berfoya-foya.

Bila menjelang PRU ini beberapa sogokan politik wang sudah bermula. Bermula dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan tahun lalu, yang akhirnya “break even” bila barang-barang keperluan perut ikut sama naik. Itu sebab pegawai kerajaan yang mempunyai pendapatan RM 2 ribu sebulan hanya sekadar wal hasil balik asal. Kemudian dihebohkan satu Malaysia akan pendidikan percuma tetapi sebaliknya ibu bapa pelajar terpaksa menanggung kos lain yang tidak ditanggung oleh kerajaan yang lebih tinggi dari yuran yang dihapuskan.

Di samping demi kepentingan hampir 72 kawasan Parlimen yang bergantung dengan undi peneroka Felda, beberapa habuan sama ada projek dan bantuan diberikan. Tetapi dalam keadaan yang sama peneroka Felcra yang tidak mengikut sistem Felda seperti dilupakan dan begitu juga para pekebun kecil yang terlibat di bawah program RISDA. Maka akan disahkan bodoh kepada semua peserta Felcra dan Risda jika terus memberikan undi kepada calon-calon Barisan Nasional kerana dalam pada itu mereka dipinggirkan dari pemberian beberapa geran Politik Wang. Kenapa masih mahu menyokong calon ini?

Dan yang terakhirnya ialah pemberian dividen kepada pencarum LUTH-Lembaga Urusan Tabung Haji sebanyak 7%. Dalam keadaan hebat membelanjakan wang maka mereka tidak menggunakan perkataan juta sebaliknya bilion sungguhpun rakyat miskin terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga memaksa Abdullah Hj Ahmad terjerit di mana-mana dalam pasca kempen PRU menerangkan kerajaan tiga beranaknya akan membuat sesuatu untuk menghapuskan kemiskinan termasuk kepada rakyat keturunan India.

Jika didengar dengan baik atau dibaca apa yang dilaporkan akan ucapan Imam Besar Islam Hadhari “ada had dan ada hari itu” dan bagi setengah orang yang tak faham buah butir yang dia cakap, maka terpaksa menunggu apa yang ditulis dalam surat khabar seperti Utusan Malaysia, sebenarnya ucapan Saya Perdana Menteri itu sama tarafnya dengan menuntun filem di tahun-tahun 60an dan 70an yang dipanggil Cheap Matinee sebuah filem lama yang tiketnya sudah berharga 20 sen sahaja jika duduk di First Class yang tiket asalnya berharga RM1.40.

Di samping penipuan dan pemalsuan karakter Abdullah Hj Ahmad yang kononnya hendak mencari Imam Ghazali dan membuka surah nabi tetapi sebenarnya dia mengotorkan segala-galanya sistem yang di asaskan oleh pendahulunya.

Dengan isu rasuah bukan dapat dibendung tetapi di zaman Kerajaan Tiga Beranak ini malah terus maharajalela dan mana yang boleh dibuktikan dengan faktanya dipertahankan bila BPR dan Peguam Negara, sehingga agensi seperti ada kekebalan atau menjadi kuasa veto bagi menentukan seseorang itu tidak terlibat rasuah. Sungguhpun begitu jika ada kemarahan dan kehendak Kerajaan Tiga Beranak, rasuah orang itu akan dicari sampai memasukan jari ke lubang duburnya walau pun sewaktu dia melepaskan hajat dan telah membersihkan segala baki najis yang terpalit dan sepatunya sekadar itu sahaja yang patut dibersihkan seperti mana berlaku kepada seorang pegawai kanan polis yang sudah pun dituduh rasuah dengan berbagai tuduhan.

Dan rasuah yang dahulunya dipanggil bahasa sopan nya “tumbuk rusuk” sudah menjalar bermula di kalangan atas, membawalah ke kalangan menengah mahu pun kalangan bawahan. Budaya makan suap ini dikembangkan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad dan kroninya. Ini termasuklah penyalahgunaan kuasa dan amalan batil seperti memberi kontrak yang berjuta ringgit dengan tidak mengikut prosedur perbendaharaan sebaliknya dengan satu catatan Saya Perdana Menteri yang menulis perkataan lebih kurang “Saya luluskan dan segera ambil tindakan” tidak ada lagi perkataan “Dikemukakan untuk tindakan tuan dan diproses.

Perkataan proses itu yang akan melaksanakan kehendak-kehendak pekeliling perbendaharaan sama ada orang itu layak atau tidak. Tindakan dengan hanya berunding dengan anak beranak menjadikan kebatilan terus terjadi di berbagai bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Itu sebab isu video Lingam mendedahkan segalanya akan sikap mereka yang terdiri dari hakim, pegawai kerajaan dan polis yang semuanya Melayu yang pasti beragama Islam, akan rakyat mempunyai prasangka bahawa ketidakjujuran dan ketidakadilan mereka itu dalam menjalankan tugasnya bertambah pula dibuktikan dengan fakta bila kes 31 orang peserta demonstrasi Hindraf ditarik balik atas arahan Saya Perdana Menteri yang mana semua orang tahu bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa melangkau Perdana Menteri dalam soal perundangan dan pendakwaan.

Masalahnya di ketika sebahagian terbesar rakyat tanpa mengira kaumnya mengalami penderitaan berat akibat kehidupan sehari-hari yang sulit seperti kenaikan harga bahan bakar, minyak makan, beras, kenaikan takrif air dan elektrik maka rakyat juga menyaksikan juga bahawa sebahagian kecil bangsa ini khasnya orang Melayu dan pemimpin UMNO hidup dengan kemewahan yang berlebih-lebihan.

Setengahnya boleh membuat rumah mewah di kawasan lembah rakyat yang miskin dan yang hendak dikutuk oleh rakyat bahawa banyak kehidupan bermewah-mewah dan berfoya-foya itu adalah hasil curian atau amalan rasuah yang merugikan negara tetapi menguntungkan mereka dan dilakukan sendiri oleh Abdullah Hj Ahmad sebagai suri teladan yang bercuti di rumah mewahnya di Austaralia yang rumah itu atas nama Patrick Badawi.

Sebenarnya apa yang di saksikan dan di lihat sekarang atau di alami oleh rakyat hari ini akan kebobrokan (pinjam ayat Dato Kamal Amir) moral dan kebusukan mental sudah berakar dan berpokok sejak UMNO Baru ditubuhkan yang menghilang identiti asal UMNO itu sendiri.

“De-Umnoisasi” semua orang Melayu semenjak puluhan tahun ini adalah pada dasarnya pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu untuk mencipta masyarakat adil dan makmur. Dengan “De-umnoisasi” semua orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai alat kepentingan pemodal dan imperialisme asing sehingga Abdullah Hj Ahmad dan ahli-ahli UMNO di Johor tidak nampak bahawa WPI – Wilayah Pembangunan Iskandar akan menjadi ladang pemilikan kekayaan bagi kepentingan modal asing dan akhir menjadi sengketa Malaysia dan Singapura seperti yang berlaku antara Palestin dan Israel di suatu masa nanti.

Sang Kelembai: UMNO yang memiliki pemimpin bermoral rendah, sudah pasti tidak menginginkan perubahan-perubahan besar atau perbaikan fundamental dalam mentadbir negara kerana yang penting adalah mereka seperti Abdullah Hj Ahmad dan yang terpenting kepadanya ialah “Saya Perdana Menteri” dan pergi jahanam Melayu. Maka untuk mengekal identiti Melayu di mata orang asing sebagai bangsa termiskin di Malaysia.. undilah Barisan Nasional dengan calonnya macam ramuan rojak itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: