• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

PAS tanding 60 kerusi parlimen

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, (Hrkh) – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan PAS akan bertanding 60 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang dan menjelaskan rundingan pembahagian kerusi di antara parti KeADILan di seluruh negara juga sudah selesai.

Beliau menjelaskan jumlah kerusi yang dipertandingkan itu mestilah sesuatu yang praktikal dan paling penting ialah objektif keadilan kepada semua lapisan masyarakat tercapai.

“Alhamdulillah pembahagian kerusi semua selesai termasuk di Kelantan dan seluruh negara,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Turut hadir sama di sidang media itu Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.

Sidang media itu diadakan sejurus selepas satu pertemuan tertutup yang diadakan di antara Ustaz Hadi dan Anwar selama hampir dua jam bagi membincangkan hal ehwal pilihan raya dan manifesto bersama.

“Macam biasa, berunding berkaitan pilihan raya dan manifesto. Alhamdulillah, persediaan lebih 99 peratus untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Hadi menjelaskan tentang pertemuan itu.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ustaz Ahmad Awang; Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Dato’ Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

Mengiringi Anwar dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub.

Sementara itu Anwar turut menjelaskan bahawa KeADIlan secara asas telah sepakat dengan PAS berhubung dengan manisfesto yang bakal ditawarkan kepada rakyat.

“KeADILan dan PAS sepakat dengan manifesto bersama dan akan mengumumkan tawaran bersama kepada rakyat dalam tempoh terdekat ini,” katanya. – mks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: