• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

‘Bukan masanya nak menabur janji pada setinggan!’-Mangsa

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh)-Penduduk setinggan dan peneroka bandar di seluruh negara yang tertindas akibat kezaliman kerajaan Barisan Nasional(BN) mestilah mempunyai iltizam dan keazaman yang kuat untuk ‘mengajar’ dan ‘menghukum’ mereka pada pilihan raya umum ke-12 ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Anuar Tahir berkata ribuan penduduk setinggan di Malaysia khususnya di Selangor yang ‘dibelasah’ sudah pasti tidak melupakan penderitaan yang diterima akibat kekejaman BN yang menghalau mereka dengan cara tidak perkemanusiaan.

Antara penempatan setinggan yang terkena ‘penangan zalim BN’ dan mendapat perhatian serta simpati rakyat ialah Kampung Berembang, Kampung Rimba Jaya dan Chubadak Selangor.

“Jangan lagi terpedaya dengan janji manis wakil rakyat dan pemimpin BN untuk menyelesaikan masalah setinggan.

“Semuanya nak memancing undi dan setelah menang mereka akan terus ‘menzalimi’ dan mengulangi tindakan menghalau, menggugut dan mengancam rakyat yang susah. Jangan ulangi lagi kesilapan dengan memilih mereka” katanya ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Berembang Noralizan Ali menyeru kepada para setinggan supaya tidak lagi terpedaya dengan pelbagai janji termasuk memberi sogokan wang oleh wakil rakyat dan pemimpin BN supaya memilih mereka pada pihan raya akan datang.

“Ini bukan masanya nak menabur janji. Sepatutnya mereka datang menyelasaikaan atau mendengar masalah rakyat waktu kejadian perobohan atau tindakan menghalau berlaku. Bukan turun padang ketika nak menjelang pilhan raya sahaja.

“Kalau boleh para penduduk setingan renung nasib yang menimpa mereka selepas 50 tahun negara merdeka. Perbetulkan dan ajar BN di peti undi supaya tidak perlakukan sewenangnya,”katanya yang menjadi mangsa ‘kezaliman’ kerajaan BN.

Beliau turut menjelaskan ‘semangat’ penduduk Kampung Berembang yang telah mula memasang kain rentang menjelang pilihan raya yang menarik perhatian ramai iaitu ‘Keris Umno menikam melayu’ dan ‘YB Azman (Wakil Rakyat Bukit Antarabangsa) pembohong.’

Pada 20 November 2006, rumah penduduk termasuk surau di Kampung Berembang dirobohkan pihak berkuasa tempatan, MPAJ yang kemudiannya dibantu pasukan Rela, polis dan FRU turut ‘membelasah’ penduduk yang bertindak menghalang mereka (pihak berkuasa).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: