• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Hishamuddin Ketar Kepala Lutut Untuk Jawab Isu Pendidikan Dalam Pilihanraya

‘Usah guna isu pendidikan raih undi’ begitulah kata-kata Hishamuddin kepada rakyat yang bakal menyertai Pilihanraya ke-12 dari 24 Februari-8 Mac 2008 nanti. Akhirnya beliau secara tidak langsung mengakui bahawa sistem pendidikan negara mempunyai kepincangan dan amat memalukan jika disebarkan semasa pilihanraya nanti.

Isu pendidikan tidak menjadi persoalan kiranya tiada sebarang kecacatan dan juga kelemahan yang nyata sepanjang sesi 2004-2008 BN memerintah.

Walaubagaimana pun, isu pendidikan bakal mengoyahkan kepala lutut Hishamuddin kerana rakyat kini semakin marah kepada BN ekoran dari penarikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat diakhir pemerintahan Mahathir.

Seterusnya mata pelajaran Sains dan Matematik dipaksa untuk diajarkan di dalam Bahasa Inggeris atas gesaan Mahathir dan kini kebanyakkan pemimpin BN menyesal dan ingin kembali menggunakan Bahasa Malaysia untuk matapelajaran berkenaan.

Seterusnya tragedi bumbung makmal komputer MRSM yang runtuh kerana kecuaian pemantauan oleh Kementerian Pelajaran yang dikelolakan oleh Menteri BN ini juga mengecewakan rakyat.

Selain itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsan (Cina) di Damansara telah ditutup atas alasan ingin memindahkan sekolah berkenaan ke tempat lain. Guru, pelajar dan Penduduk setempat membantah kerana sekolah baru itu jauh dari tempat tinggal mereka dan sekolah lama yang sedia ada masih berkeadaan baik untuk digunakan. Sehingga kini sekolah berkenaan telah dikunci dan guru serta pelajar mereka dihalau keluar dan terpaksa belajar di dalam kontena usang yang panas.

Dalam perkembangan berasingan, SJKT Kampung Jebong Lama, di Simpang, Taiping, Perak yang telah menabur bakti selama 74 tahun turut menerima nasib yang hampir serupa.

Sebuah kontena lama berukuran enam kali tiga meter telah dijadikan kelas sementara menanti bangunan tambahan sekolah disiapkan. Berkemungkinan kelas ini adalah kelas yang terkecil sekali dinegara ini dan boleh dimasukkan dalam Malaysian Books of Record

Sebanyak RM550 ribu telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi membina bangunan baru, namun hingga kini tiada sebarang aktiviti pembinaan dilakukan.

Pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai, di Klang pula terpaksa terpaksa menumpangkan pelajar-pelajar mereka di kandang kuda milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) setelah sekolah mereka yang telah berusia 80 tahun itu musnah sekelip mata dalam satu kebakaran pada 22 Disember 2007.

Pada tahun 2003, Presiden MIC, Samy Vellu telah datang melawat sekolah ini dan meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.2 juta bagi pembinaan bangunan sekolah yang baru. Namun setelah hampir 4 tahun berlalu, projek yang dijanjikan tidak kunjung tiba.

Pada Oktober tahun 2006 pula Ahli Parlimen Kapar yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, Komala Krishnamoorthy telah mengumumkan kepada ibubapa sekolah tersebut bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan RM800,000 bagi kerja-kerja baik pulih sekolah tersebut.

Beliau adalah wakil rakyat dimana letaknya sekolah tersebut. Beliau juga merupakan Ketua Wanita MIC Pusat.

Namun janji hanya tinggal janji. Kerajaan terlalu sibuk untuk projek mega WPI, NCER, dan ECER hingga terlepas pandang kepada sekolah ini.

Tidak cukup dengan kisah duka di atas, Kerajaan BN sekali lagi mempermainkan rakyat. Dalam pembentangan Budget 2008 tahun lalu, Abdullah Badawi mengumumkan penghapusan Yuran Sekolah mulai tahun 2008.

Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500.

Antara perkara yang dimasukkan dalam senarai yuran ini adalah Yuran Tandas, Yuran Tuala Wanita (untuk pelajar perempuan), Yuran pelbagai dan banyak lagi. Yuran PIBG pula dikenakan sebanyak dua kali, iaitu melalui akaun pelajar dan satu lagi melalui akaun ibubapa.

Ketika rakyat sedang marah dengan penipuan ini, guru-guru hanya mampu menjelaskan bahawa Yuran Sekolah yang dihapuskan hanyalah yuran asas sahaja dan ianya bernilai RM 4.50 sahaja.

Hishamuddin ketika diminta mengulas isu ini, telah memarahi ibu bapa diseluruh negara kerana tidak mahu memberikan kerjasama untuk membayar yuran berkenaan, walaupun ianya tidak wajib.

Dengan sombongnya beliau mencabar ibu bapa untuk datang semula ke sekolah kalau mahu yuran berkenaan dikembalikan.

Sikap panas baran dan lepas tangan serta menipu menjadi amalan bagi Hishamudin dan pemimpin BN lain maka wajarlah mereka kini mengigilkan kerana takut rakyat mengungkit kembali kisah ini menjelang Pilihanraya 2008 ini.

Rakyat sesekali tidak dapat memaafkan kezaliman ini dan pilihanraya 2008 pasti lebih meriah dengan paluan isu ini diseluruh negara…

Satu Respons

  1. saya tidak suka dengan pemerintahan samy vellu..
    sebagai menteri kerja raya…
    sudah hampir 15 tahun dia berada di parlimen..
    apa yang dia buat?
    mempertahankan geng2 18???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: