• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Lima petugas pemuda PAS diancam tembak Oleh Bekas Speaker DUN Terengganu

The image  “https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita3/chemadj.gif” height=
(Foto: Selepas membuat laporan di Balai Polis KT)

Kuala Terengganu, 14 Feb Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato Che Mad Jusoh.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong.

Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00 pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato Che Mad, mereka cuba memanjat tiang telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera ditegakkan, tiba-tiba Dato Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.

Dato Che Mad mengugut dengan berkata jangan melampau, kang boleh susah kang!, dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya.

Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera jelas Mohd Faiz.

Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato Che Mad muncul dengan selaras senapang patah.

Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru tambah Mohd Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat Perhubungan PAS, pada petang ini.

Dato Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata mu letak lah! Aku tembak kang! , dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka.

Kami terkejut, dan saya terus lari kata Muhammad Zulkifli.

Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi.

Saudara Wan Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil jalan perbalahan dan peperangan dalam masa semua pihak menghargai dan menghormati demokrasi.

Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para petugas demokrasi adalah umpama pengganas jelas Wan Faizul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: