• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Negara Bankrap dibawah BN, Rakyat akan bahagia dengan Negara Berkebajikan

Ulasan Najib Razak terhadap gagasan Negara Kebajikan yang dikemukakan membuktikan bahawa pemimpin BN dan beliau sendiri mengalami sindrom kemandulan akal yang seharusnya dipandang serius oleh rakyat.

Tuduhan beliau bahawa Negara ini akan bankrap jika PAS melaksanakan dasar ini benar-benar mencermin bahawa pemimpin BN hanya mampu berfikir seperti katak dibawah tempurung.

Tafsiran bahawa seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan adalah suatu konklusi yang dibuat oleh akal Najib sendiri tanpa beliau memahami maksud keseluruhan wacana manifesto yang dilancarkan oleh PAS itu.

Konsep Sebenar Negara Berkebajikan

Konsep Negara Berkebajikan yang dicanangkan itu bukanlah bererti PAS akan memberikan semua perkara dan subsidi kepada rakyat secara percuma.

Dasar PAS mengutamakan kepada soal penjimatan perbelanjaan Kerajaan disamping menambahkan perbelanjaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan seperti fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan OKU. Mereka yang tidak berkerja kerana masalah kesihatan dan juga dalam senarai yang disebutkan adalah layak untuk menerima bantuan.

Penyediaan prasarana kepada gologan ini juga dimasukkan dalam rangka bantuan jangka panjang agar mereka dapat menikmati hidup yang sama seprti orang lain disamping memberikan panduan hidup yang lebih bermakna melalui program keagamaan yang lebih holistik dan meluas, bukannya sekadar bertumpu dimasjid dan surau.

Peluang Ekonomi Untuk Rakyat

Dalam masa yang sama peluang pekerjaan bagi mereka yang sihat tetapi tidak bekerja akan dibuka seluas-luasnya melalui beberapa program ekonomi yang dijangka memberikan peluang kepada mereka dalam memberikan sumbangan kepada ekonomi Negara.

Program usahawan dan juga latihan kepada belia secara lebih adil dan tidak dipolitikkan seperti sekarang akan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira mereka itu ahli PAS atau tidak.

Selain itu projek-projek Kerajaan juga akan diagihkan kepada kontraktor kecil bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan.

Penggalakkan industri perikanan dan juga pertanian diutamakan dengan golongan yang tidak bekerja diberikan peluang menyertai skim yang lebih menarik dan juga sasaran dagangan yang lebih teratur berdasarkan keperluan pasaran sedia ada.

BN Bankrapkan Negara, Susahkan Rakyat!

Kegagalan BN selama ini jelas terbukti apabila dasar Perbelanjaan Tidak Berhemah yang diperkenalkan melalui projek mega KLCC, Litar Sepang, Marina Mewah di Kuala Muda dan Kuala Terengganu dan pelbagai mercu tanda yang menjadi tarikkan pelancong. Walhal rakyat marhaien tidak diberikan peluang langsung bagi mendekati tempat-tempat ini dalam konteks pembatasan imej sebagaimana kawalan ketat KLCC terhadap kualiti dan barang yang dijual di premis yang disewakan.

Selain itu, sewa yang mahal telah menyebabkan usahawan tempatan angkat kaki kerana tidak mampun dan akhirnya tapak-tapak niaga disewa atau dijual kepada pelabur luar.

Perkara yang sama berlaku dalam projek WPI dimana, syarikat dari Timur Tengah dan Singapura telah menyuntikkan dana pembangunanya dengan melobi beberapa tapak bagi menguasai pasaran Malaysia.

Akhirnya projek mewah ini gagal dinikmati secara menyeluruh kerana yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.

Negara Tidak Selamat

Selain itu, Najib sendiri mengakui bahawa terdapat lebih 1 juta pedatang tanpa izin yang bekerja dinegara ini. Ini membuktikan bahawa Kerajaan BN gagal mengawal pintu sempadan Negara hingga adalah warganegara asing yang bebas keluar masuk tanpa permit dan merampas peluang pekerjaan yang sepatutnya dimiliki oleh orang tempatan.

Pasukan Keselamatan kita bertugas 24 jam sehari mengawal sempadan, tetapi bagaimana 2 juta pekerja asing boleh menyeludup masuk dan bekerja dinegara ini.

Ini bukan sekadar isu tiada permit, tetapi ia juga melibatkan soal keselamatan Negara yang mana Negara ini seolah-olah tiada system keselamatan dan akhirnya rakyat kini dalam ketakutan kerana peningkat kadar jenayah yang semakin nyata.

PAS mengemukakan Gagasan Negara Berkebajikkan untuk membawa sistem tadbir urus negara yang lebih telus dan bebas rasuah. Dalam masa yang sama kualiti keselamatan ditingkatkan dengan memperbetulkan pegawai-pegawai keselamatan Negara yang telah rosak dengan gejala Rasuah kerana mengikut prinsip ‘kepimpinan melalui teladan’ yang dipelopori oleh pemimpin BN.

Prinsip ini baik, tetapi bila pemimpin BN sendiri rosak dan melakukan rasuah melalui pelbagai skandal seperti rasuah pembelian kapal selam, AP, bot mewah dan sebagainya maka yang menurutinya juga pasti ribut dengan pelbagai gejala yang merosakkan sistem tadbiran Negara.

Menteri Kabinet BN Menerima Keistimewaan Melampau

Negara Berkebajikan yang dibawakan oleh PAS juga menafikan keistimewaan yang melampau yang harus diberikan kepada para Menteri. Pada masa ini, para Menteri dibayar gaji antara 10-20 ribu tidak termasuk elaun, walhal semua perbelanjaan dalam hidup mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan termasuk minyak petrol percuma tanpa had, pembayaran pelbagai bil, hadiah, majlis keraian, pakej pelancongan yang semua dibayar oleh Kerajaan.

Selain itu, mereka juga memegang pelbagai jawatan dalam syarikat milik Kerajaan dan turut diberikan pelbagai elaun merangkumi elaun mesyuarat, makan, penginapan, tempat tinggal dan pelbagai lagi.

Tidak cukup dengan itu, setiap sen yang mereka keluarkan juga boleh di berikan bayaran gantian, makna mereka langsung tidak membayar apa-apa pun untuk hidup.

Memang mereka layak mendapat sedikit manfaat atas jasa mereka, tetapi adalah melampau bila mana mereka membazirkan duit rakyat membina mahligai mewah, membeli nombor pendaftar bertuah yang berharga ratusan ribu tanpa memikirkan nasib rakyat yang masih ramai lagi yang susah.

Dana Negara dapat dijimatkan bila mana para Menteri dan wakil rakyat dapat dikurangkan beberapa elaun yang bertindih dan melebihi keperluan hidup mereka..

Perniagaan Micro Untuk Rakyat Diperbanyakkan

Selain itu, akaun Negara juga dapat di kembangkan dengan meningkatkan aktiviti ekonomi yang lebih memberikan manfaat pada rakyat melalui projek ekonomi yang terus pada rakyat walaupun ianya merupakan perniagaan micro.

Peruntukkan subsidi berbillion terhadap konsensi tol setiap tahun dapat dikurangkan jika kerajaan membeli semua tol diseluruh Negara kerana jumlah subsidi yang diberikan bagi tempoh setahun sebenarnya melebihi dari kos pembinaannya.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita jimatkan tetapi BN sendiri sengaja menutup mata kerana membankrapkan Negara dan rakyat adalah hasrat mereka. Dan perkara ini akan terus berlaku, harga barang akan terus naik selagi BN memerintah. Rakyat akan susah dan bila susah, akan mudah BN mengugut rakyat dengan tidak mahu beri subsidi kalau tidak berikan sokongan.

Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan tertipu pada janji manis BN yang telah 50 tahun menipu dan mencuri dana negara untuk kepentingan mereka!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: