• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Negara Berkebajikan PAS mampu elak BN bankrapkan negara

Oleh Ahmad Tajdid

Nampaknya komitmen PAS untuk mewujudkan sebuah negara berkebajikan menjadikan para pemimpin Umno tidak senang duduk.

Di Melaka contohnya, seluruh Pejabat Kebajikan Negeri diarahkan bekerja lebih masa (termasuk pada hari Sabtu dan Ahad) untuk mencari dan mendaftarkan seberapa banyak rakyat negeri itu yang dikategorikan sebagai miskin tegar (pendapatan isi rumah di bawah RM650) untuk diberikan bantuan bulanan.

Arahan yang datangnya daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka itu dibuat bertujuan untuk menurunkan statistik miskin tegar negeri itu khususnya menjelang pilihan raya umum.

Ramai kakitangan Jabatan Kebajikan negeri yang merungut kerana ekoran campurtangan politik, mereka yang tidak layak untuk mendapat bantuan pun dipaksa diberikan bantuan oleh sebuah ‘institusi haram’ kerajaan negeri yang dipanggil ‘Pembela Pembasmian Kemiskinan’ di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Pembela yang tidak diiktiraf kewujudannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah institusi yang ditubuhkan dengan dana kerajaan negeri.

Kewujudannya tidak banyak membantu kelancaran jentera kerajaan, tetapi hanya menjadi ‘kumpulan pendesak’ kepada kakitangan kerajaan demi kepentingan politik BN negeri.

Semuanya berpunca daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Di ibu negara, Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government), Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kononnya Malaysia boleh bankrap jika konsep ‘negara kebajikan’ yang ditawarkan PAS diterima dan dipraktikkan di negara ini.

Tanpa mahu merujuk maksud sebenar konsep negara berkebajikan PAS, Najib memberi tafsirannya sendiri tentang konsep tersebut iaitu “seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan”.

Keadaan ini, kata beliau, menyebabkan kerajaan pada masa sama terpaksa pula mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka yang mampu.

“Sedangkan kita telah melihat bagaimana negara maju yang mengenakan cukai yang tinggi akhirnya tidak dapat dipertahankan.

“Apatah lagi kita sebagai negara sedang membangun, kalau ada dasar mereka yang tidak bekerja pun mendapat bayaran setiap bulan, maka itu alamat negara kita akan menjurus kepada lembah sebuah negara yang bankrap,” kata beliau.

Begitulah jahilnya Najib, Ali Rustam dan pemuka-pemuka Umno lainnya tentang negara kebajikan.

Buat pengetahuan Najib dan pemimpin-pemimpin Umno/BN, konsep negara berkebajikan PAS bukan bermaksud menjadikan negara ini ‘negara penganggur’ yang rakyatnya hanya menadah tangan mengharap wang ehsan seperti berlaku di Terengganu.

Konsep negara berkebajikan itu timbul ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan BN yang menyebabkan berlaku fenomena berikut:

  • KOS SARA HIDUP MEMBEBANKAN RAKYAT!
  • KESELAMATAN RAKYAT SEMAKIN TERANCAM!
  • TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT TERABAI!
  • JURANG KAYA-MISKIN SEMAKIN MELEBAR!
  • PENDIDIKAN DAN KESIHATAN DIJADIKAN PERNIAGAAN CARI UNTUNG!
  • PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH PARAH DAN MEMBARAH!
  • KHAZANAH DAN KEKAYAAN NEGARA DIBOLOT KRONI!
  • PRINSIP DEMOKRASI DICABULI DAN HAK-HAK ASASI RAKYAT DINAFIKAN!

Dengan konsep negara berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS akan berusaha:

  • Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra-alam.
  • Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.
  • Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihan raya bebas, adil dan bersih.
  • Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
  • Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.
  • Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.

Sehubungan itu, bagi memenuhi tuntutan Negara Berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS dan parti-parti sahabat akan bertindak:

  • Menurunkan harga bahan bakar (petrol dan disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.
  • Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.
  • Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN
  • Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.
  • Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
  • Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) akan disediakan kepada setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.
  • Melaksanakan Akta Gaji Minimum (maksudnya rakyat perlu bekerja) berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.
  • Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun.
  • Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.
  • Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah.
  • Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para wanita dengan memberikan pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan komunikasi.
  • Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.
  • Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan kepentingan institusi keluarga.
  • Mengenalkan undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.
  • Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.
  • Menghapuskan tol dan kerajaan mengambil-alih lebuhraya-lebuhraya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara.

Itulah sebahagian gagasan Negara Berkebajikan PAS yang mendapat sokongan dan dokongan parti-parti sahabat.

Negara tidak akan bankrap dengan pelaksanaan perkara-perkara di atas kerana dengan sikap amanah, telus, cekap dan kredibel, kekayaan negara (daripada pendapatan berbilion ringgit kerajaan) akan dibelanjakan secara cermat, bijak dan berhemah untuk kepentingan dan keselesaan hidup rakyat.

Negara sebenarnya akan bankrap jika amalan rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme seperti yang melanda kerajaan BN kini dibenarkan terus berleluasa oleh rakyat.

Sebagai perbandingan, Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS akan menghapus kira lebih 500,000 hutang peminjam PTPTN yang membabitkan kos RM700 juta. Ianya untuk kebajikan lepasan siswazah yang baru memulakan hidup baru di alam pekerjaan.

Bandingkan pula dengan RM6.57 bilion (RM6,570 juta) wang negara yang dibazirkan Kementerian Pertahanan yang diketuai Najib ekoran pengurusan perolehan 6 buah kapal peronda (PV) Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tidak dibuat dengan baik dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

Malah Jabatan Audit Negara tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan (progress payment) berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan yang diterajui Najib!

Kesimpulannya, Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS tidak akan menyebabkan negara bankrap kerana keseluruhan perbelanjaan negara dibuat untuk kepentingan rakyat.

Tetapi ‘negara penyayang’ yang digagaskan BN lah yang bakal membankrapkan negara; kerana ia dihinggapi amalan rasuah, pembaziran, penyelewengan dan pemborosan.

Negara penyayang BN hanya menunjukkan rasa sayang pada kroni dan para penyokongnya, bukan untuk rakyat keseluruhannya. Bak kata orang tua-tua – kasih bertompok, benci melata. Dan apa yang berlaku di Kementerian Pertahanan itu adalah sekelumit kisah yang sudah pun membarah apabila berbilion ringgit duit negara dibelanjakan bagi menyelamatkan syarikat kroni pemerintah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: