• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

PAS Putrajaya tetap yakin

Oleh dppputrajaya

 PAS putrajaya tetap yakin untuk berhadapan dengan Barisan Nasional merebut parlimen Putrajaya. Walaupun kenyataan Tengku Adnan Mansor baru-baru ini memperlekeh kemampuan PAS dan membayangkan PAS akan hilang deposit jika bertanding di kawasan tersebut.

YDP PAS Putrajaya, Ust Nazir Zakaria dilaporkan berkata, “para petugas PAS yang telah ditarbiyah tidak akan gentar dengan gertakan Ku Nan tersebut. Malah kami menganggap kenyataan Ku Nan itu membayangkan beliau tidak pasti dapat bertanding pada Pilihanraya umum kali ini.” Ust Nazir juga berkata bahawa Pak Lah ragu-ragu untuk meletakkan Ku Nan kerana terlalu banyak kes dan salah laku melibatkan Ku Nan sejak menjadi ahli Parlimen Putrajaya.

Kalau dulu calon keadilan hilang wang deposit, tetapi pada tahun ini ia sangat berbeza. PAS Putrajaya kali ini hadir dengan kekuatan dan semangat yang jauh lebih hebat berbanding tahun 2004. “Dengan tenaga orang lama dan kekuatan pemuda Putrajaya, kami yakin mampu menumbangkan BN di Putrajaya. Apatah lagi pada kali ini kami bertanding atas tiket PAS” ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

Para pegawai kerajaan tidak perlu takut untuk mengundi PAS kerana nombor siri pada kertas undi telah dihapuskan, dan undi adalah rahsia. “Kami tahu sebilangan besar pegawai kerajaan menyokong PAS tapi ada yang masih takut dengan ugutan UMNO dan Barisan Nasional.”

Pengundi mesti bijak dan berani. PAS Putrajaya yakin pengundi Putrajaya akan memilih calon dan parti yang bersedia untuk berkhidmat dan menjaga kebajikan rakyat. Rakyat sudah muak dengan pemerintahan BN yang hanya menguntungkan UMNO/BN dan kroni tetapi merugikan rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: