• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Umno Titiwangsa Berpecah, Petugas PAS Jangan Leka

Umno Titiwangsa kini semakin tertekan. Masalah untuk menamakan calon semakin meruncing berikutan dari perpecahan yang semakin meluas kalangan pemimpin Umno.

Pada pilihanraya 1985-1999 Dr. Sulaiman Mohamed telah dinamakan sebagai calon Parlimen P119 Titiwangsa. Dan pada tahun 2004 akhirnya beliau disingkirkan dan digantikan oleh Dato’ Astaman Aziz yang datang dari Umno Wangsa Maju.

Hal ini menimbulkan perdebatan kalangan ahli Umno Titiwangsa, di mana dalam Mesyuarat Agung Umno Titiwangsa tahun lepas para perwakilan secara sebulat suara berikrar untuk menolak calon dari kawasan lain.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon adalah Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Dr. Sulaiman Mohamed (bekas calon 1985-1999), Timbalan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abd Ghani (Juga Pengarah Urusan KFC Holdings (M) Bhd), Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Aziz Jamaluddin Muhd. Tahir, dan Pengerusi BSN, Dato’ Abdul Azim Mohd Zabidi.

Manakala calon dari kawasan lain yang turut disebut-sebut, Ketua Umno Bahagian Segambut, YB Senator Dato’ Haji Kamarudin Haji Ambok (terbabit dengan beberapa skandal penipuan dan rasuah)dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria (orang kanan Khairy Jamaluddin).

Walaubagaimana pun, nama Dato’ Astaman Abd Aziz langsung tidak disebut. Hal ini berlaku kerana rekod skandal rasuah beliau dan pengikutnya iaitu; Sharin Darus, Mohamed Ariff Mohamed Aziz, Azman Abdul Majid, Asaari Ismail serta Azman Miharmat semasa Perhimpunan Agung Umno 2004. Beliau dan pengikutnya telah digantung keahlian UMNO selama 3 tahun bermula pada awal 2005 hingga akhir tahun lalu.

Berikut dari skandal dan juga percakaran dalaman Umno, jawatankuasa Barisan Nasional dari parti komponen lain kini pening kepala. Bilik-bilik Gerakan Barisan Nasional masih lagi belum dibuka. Pada 14 Februari (semalam) Abdullah Badawi telah turun ke Kelab Sultan Sulaiman untuk bertemu dengan pemimpin dan ahli Umno Titiwangsa bagi mendamaikan puak-puak yang bertelagah untuk menjadi calon kali ini.

Walaubagaimana pun, kebanyakkan mereka hanya berlakon dihadapan Abdullah dan dalam masa yang sama mereka masih enggan bekerjasama.

PAS Titiwangsa pula kini semakin bersedia untuk mengharungi perang hebat Pilihanraya ke-12. Calon juga telah ditetapkan dan menanti hari dan waktu sahaja untuk di umumkan. Jentera Pemuda dan Muslimat kini bergerak 24 jam dan sentiasa turun kelapangan bagi mengadakan program pertemuan dengan rakyat dan menyampaikan maklumat.

PAS Titiwangsa juga bertekad untuk memenangi Pilihanraya kali ini sebagai memenuhi hasrat pimpinan yang mahukan ‘anak sulung PAS’ lahir di tengah-tengah metropolitan ini.

Petugas-petugas PAS juga diingatkan untuk tidak bergantung harap pada isu-isu dalaman Umno untuk meraih kemenangan. Ditangan PAS kini telah ada banyak isu dan lebih mantap lagi jika dibandingkan dengan situasi 2004.

Petugas-petugas PAS juga disarankan untuk memakai pakaian yang mempunyai logo PAS dimana sahaja sehinggalah musim Pilihanraya selesai. Pakaian yang berlogo PAS boleh dipakai ketika turun membeli-belah di pasar, solat 5 waktu di masjid, ziarah, pergi bekerja, berkelah atau bersenam dan sebagainya.

Disamping itu, para petugas juga diminta untuk meneruskan aktiviti munajat dan Qiamullail. Semoga Allah akan memberkati perjuangan kita semua. Amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: