• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Dianiyai dan dikhianati oleh Idris dan UMNO Cikgu(B) Zakaria Ali masuk wad

Kuala Terengganu, 14 Feb Akibat tekanan berat yang dihadapi, Cikgu Zakaria telah dimasukkan ke wad Psikatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nurzahirah, disini hari ini.

Buletin Online yang turut bersama menziarahi beliau, mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk menolak Idris dan kepimpinan UMNO/BN Terengganu yang telah memperalatkan seorang warga emas yang tidak berdaya untuk tujuan politik.

Menurut Fariz Irwan Mustaffa, Ayah Ngah telah memberitahu beliau bahawa sebenarnya dia(Cikgu Zakaria) telah diperdaya, dikhinati dan dianiya oleh Idris dan kepimpinan UMNO Terengganu.

Mereka telah merancang segalanya, termasuk menyiapkan skrip untuk ucapan Cikgu Zakaria pada malam 9 Februari yang lalu,

Ayah Ngah kata dia tak isi borang UMNO pun jelas Fariz Irwan.

Cikgu Zakaria@Supar Ali, Abang kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah menimbulkan kegemparan enam hari yang lalu apabila didakwa masuk UMNO oleh Idris, sewaktu majlis perasmian Perkampungan Hadhari, Marang Terengganu.

Dato Mustaffa Ali hanya menjelaskan keadaan Cikgu Zakaria yang sakit, dan bersara awal kerana mendapat rujukan medical board semasa membuat respon terhadap isu bekenaan. Dato Musaffa hanya berpesan kepada Idris supaya menjaga abangnya baik-baik.

Manakala Fariz Irwan didalam kenyataan balasnya telah menhantar kepada media, bukti bahawa Cikgi Zakaria telah lama masuk UMNO dengan menghantar salinan kad pengenalan serta slip keahlian UMNO yang diakses melalui Laman Keahlian UMNO.

Satu Respons

  1. Yang pelik had UMNO ni dekat-dekat pilihan raya banyak betul cerita-cerita karut marut di sensasikan. Media-media yang terbitkan berita-berita ini langsung tak ade segan silu. Sahih atau tidak tidak perlu pada waktu ini. Yang perlunya ikut je kata pemimpin UMNO. Nak je tanya kat pembaca berita media prima tu, dah kuat sangat ke nak tempuh azab Allah di yaumil Mahsyar nanti.Ialah menyampaikan berita dusta dan didengari oleh berjuta pendengar. Pandai kata orang lain tidak beretika , tapi mereka sendiri pun sama saje.
    Kita hanya boleh berdoa kehadrat Allah SWT, ” Ya Allah agar mereka-mereka yang seronok sangat membuat cerita karut marut ini, minta Allah SWT kifarahkan mereka dengan segera. Sebabnya dah dengan cara ini saja boleh buktikan bahawa mereka itu yang salah dan boleh dibuat rujukan…. AMIN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: