• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RTM saluran beracun rakyat – Ustaz Idris Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) – RTM merupakan saluran paling berharga untuk BN menyalurkan suntikan beracun membunuh politik pembangkang daripada terus mendapat tempat di hati rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Ini bertepatan dengan kecetekan pengetahuan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang hanya tahu memfitnah pembangkang sehingga menimbulkan kecelaruan fikiran rakyat, katanya.

Kedangkalan Zainuddin lebih terserlah apabila semakin hampir pilihan raya beliau mengarahkan RTM menghentam pembangkang khususnya di Kelantan, konon tiada kemajuan sejak 18 tahun di bawah pemerintahan PAS.

Ustaz Idris Ahmad tidak hairan dengan propaganda murahan RTM kerana media itu dipegang oleh seorang menteri yang tidak berilmu.

“Fitnah yang dilemparkan setiap hari oleh RTM itu menunjukkan kelemahan dan kedangkalan menterinya,” tegas beliau.

Beliau yakin masyarakat semakin cerdik dan boleh menilai kualiti dan kelayakan Zainuddin yang sememangnya tidak mempunyai wawasan untuk mendidik rakyat ke arah yang lebih baik dan bermutu.

Katanya, pembohongan akan terus dilakukan oleh media upahan BN untuk menjatuhkan politik pembangkang kerana itu antara kekuatan dimiliki BN selama ini.

Apabila bercakap untuk mewujudkan masyarakat yang berfikiran glokal sudah tentu aspek media merupakan aset terpenting bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat lebih benar dan tepat, katanya.

Beliau berharap media yang dikuasai penuh oleh BN perlu belajar daripada kejayaan media di negara maju yang membenarkan parti-parti politik menggunakan saluran tersebut bagi membentangkan manifesto yang akan dilaksanakan untuk kemajuan rakyat.

“Keadaan itu tidak berlaku di sini. Media hanya berpihak kepada kerajaan dan ia amat bertentangan dengan etika media,” tegasnya. – lanh

Satu Respons

  1. Dari dulu lagi RTM memang saluran kerajaan…Kalau nak yang lebih terserlah lagi nengok ASTRO Awana…123 cenel

    Cenel ini pernah menyiarkan pendapat penyokong pembangkang baru baru ini…rasanya macam merdeka bila ada artikel pembangkang disiarkan ..terima kaseh astra awana…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: