• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

16 Sebab Kenapa Rakyat perlu buat perubahan dan diketepikan BN!

Oleh Penarik Beca

Bangga sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menyatakan, Barisan Nasional (BN) ada banyak bukti kejayaan. Memang banyak. Antaranya ialah:

1. Harga barang naik mendera rakyat

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 28 Februari 2006 menyebabkan kenaikan harga barang bertambah buruk.

Tindakan itu berpunca dari sifat kedekut untuk membelanjakan RM4.4 bilion setahun demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan begitu bermurah hati membelanjakan RM 6.7 bilion setahun untuk memberikan subsidi gas kepada kapitalis-kapitalis kaya raya yang memiliki Independent Power Producers (IPP). Menambahkan lagi pembaziran wang rakyat, tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebaik sahaja harga minyak dinaikkan, kadar inflasi melambung hingga 4.8 peratus di dalam bulan Mac 2006, yang paling tinggi dalam enam tahun. Pakar ekonomi di Affin Securities, Suhaimi Ilias pada waktu itu berkata, kenaikan harga minyak dan tarif elektrik memburukkan lagi inflasi.

2. Jenayah menjadi-jadi hingga Tun Hanif Omar pun rasa tidak selamat

Dalam masa empat tahun Abdullah menjadi Perdana Menteri, jenayah meningkat sehingga 45 peratus. Memburukkan keadaan, Abdullah sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri membuktikan beliau tidak tahu apa-apa pun apabila bertanya “Apa yang sedang berlaku? Mengapa tinggi sangat?”

Dalam tulisan bertajuk bertajuk “Crime and quality of life” dalam ruangannya di Sunday Star “Point of View”, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menyatakan, “Saya dan keluarga saya tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di Kuala Lumpur”.

Perdana Menteri tidak pernah menafikan dakwaan Malaysia Today bahawa beliau takut kepada gabungan “unholy trinity” iaitu Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR. “Unholy trinity” pula digambarkan oleh laman berita itu sebagai diikat habis tengkuk mereka oleh BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

3. Dr M gambarkan BN penuh dengan tunggul mati yang korup

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggambarkan BN dipenuhi pemimpin “korup dan tunggul mati” apabila Malaysiakini melaporkan mengenai misi beliau dalam pilihan raya umum iaitu ‘membersihkan’ kerajaan BN, khususnya parti tulang belakangnya, Umno.

Sambil menyatakan BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri, Dr Mahathir menyeru para penyokong BN supaya jangan calon-calon yang korup dan tidak cekap kerana “inilah cara kita dapat bersihkan… BN dan Umno”.

Beliau juga berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

4. Dr M kata kerajaan BN jadikan Malaysia lembik dan bacul

Dr Mahathir pernah menyifatkan Perdana Menteri menggadaikan maruah negara dan, seperti yang dilaporkan NST 2 Mei 2006, negara dijadikannya lembik dan bacul (half-past-six country which has no guts).

5. Dr M kata PM suka bohong, kaki tidur, tak jujur, tak bijak

“Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong,” tegas Dr Mahathir sambil menambah bahawa Perdana Menteri suka berbohong (developed a habit of lying) selepas bersahabat dengan pemimpin-pemimpin Britain, Amerika Syarikat dan Australia.

Bukan setakat itu sahaja, Dr Mahathir juga menyifatkan penggantinya itu kaki tidur waktu kerja.

“Tempoh tumpuannya (Abdullah) sangat singkat dan semua orang memberitahu saya … bahawa beliau tidur, walaupun ketika pelbagai perkara dibentangkan kepadanya … Beliau suka membiarkan pembantu-pembantunya memberitahu beliau apa yang hendak dilakukan,” kata Dr Mahathir.

Ketika ditemubual majalah Off The Edge, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang lembab, lembab, tidak memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan, tidak betul, tidak jujur, tidak bijak, menjatuhkan maruah negara serta menyebabkan negara hilang harga diri, hak, kebebasan, kemerdekaan manakala kerajaan pula hilang kewibawaan.

Dalam temubual yang disiarkan oleh Malaysiakini, ketika ditanya adakah Perdana Menteri boleh dianggap tunggul mati, Dr Mahathir tidak menafikannya. Beliau hanya berkata: “Saya tidak tahu apa pandangan saya, tetapi saya tahu saya mempunyai perbezaan pendapat dengannya”.

6. Dr M kata Khairy lebih berkuasa dari PM

Sehingga kini, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Kalimullah Masheerul Hassan masih menikus terhadap cabaran bekas Setiusaha Politik Dr Mahathir, Mathias Chang yang mencabar untuk berdebat bahawa mereka tidak meletakkan Perdana Menteri di bawah kawalan mereka dan mempengaruhi keputusannya.

Mathias juga mencabar Khairy dan Kalimullah mengisytiharkan aset mereka sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan sekarang.

“Saya dengar kata di tingkat empat (di Jabatan Perdana Menteri). You pi cari tengok ada kerusi meja ke, siapa ada, ada ofis boy ke … dari Oxford, dari Cambridge,” kata Dr Mahathir merujuk kepada sekumpulan kakitangan muda yang dikatakan oleh sumber dalaman Umno sebagai berkhidmat kepada Khairy.

“Tingkat empat ni boleh telefon siapa saja dan nasihat untuk buat benda yang baik. Sebab tu hari ini kita tengok semuanya baik-baik belaka. Tingkat lima Perdana Menteri duduk. (Tingkat empat) lebih berkuasa dari tingkat lima sebab dia lebih pandai. Tingkat lima tak pi Oxford”.

Perdana Menteri pernah menafikan beliau tunduk kepada pengaruh Khairy. Bagaimanapun, apa yang diceritakan Timbalan (II) Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai bertentangan dengan dakwaan Perdana Menteri, yang pernah menyatakan beliau “kelihatan lesu dan tidak tahu membuat keputusan” (The Star, 20/5/2006).

Menurut Wong, pada 25 Disember 2003, beliau menyampaikan “Christmas wish”nya kepada Khairy. Wong memberitahu Khairy bahawa beliau ingin melihat pasukan polis yang bersih dan direformasikan. Selepas itu, pada 29 Disember 2003, Perdana Menteri mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjadikan PDRM sebagai satu pasukan penguat kuasa undang-undang yang berwibawa dan dihormati.

7. Dr M seru rakyat Kelantan jangan percaya janji BN

Membayangkan kerajaan BN pembohong, Dr Mahathir menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh kerajaan pusat yang berjumlah RM3 billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya beliau meminta rakyat Kelantan bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!

Bekas Pengerusi BN itu juga dilaporkan berkata, sekiranya ketewasan Umno adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan Umno sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.

Ketika bekas Presiden Umno itu membuat kenyataan tersebut, Tengku Razaleigh Hamzah berkongsi pentas dengan Dr Mahathir dan duduk sebelah menyebelah.

Bukan itu sahaja, Dr. Mahathir memberi ucapan supaya rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri di atas platform yang dinaungi oleh Tengku Razaleigh sendiri!

Sebab itulah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan kenyataan Dr Mahathir yang memberi mesej secara yang menggambarkan rakyat wajar terus memberi sokongan kepada PAS di Kelantan.

8. Dr M kata ‘Patrick Badawi’ perintah Terengganu

Dr Mahathir menegaskan, bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan perniagaannya , Patrick Lim.

“Patrick Lim ini ialah Patrick Badawi,” akhbar Singapura, The Straits Times 23 September 2006 memetik Tun Dr Mahathir sebagai berkata.

“Ini adalah Perlembagaan baru yang telah diubah tanpa pengetahuan Parlimen. Perlembagaan baru berkata menantu dan Patrick Lim sedang memerintah Terengganu,” sindir bekas Perdana Menteri.

Benarkah rakyat Terengganu menolak kerajaan sendiri dan mengangkat pemerintahan Patrick Lim? Menurut Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa, pertambahan pengundi baru antara 1999 hingga 2004 ialah 68,585 orang. Dalam pilihan raya 2004, Undi Barisan Alternatif (BA) merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999.

“Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146). Undi BN tidak termasuk pertambahan ‘undi rakyat’ sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

“Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang!” kata beliau. Bagaimana dinafikan wujudnya penipuan?

9. ECER akan sapu tanah rezab Melayu.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan untuk mengambilalih 66,736 km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan ECER. Pemilik-pemilik tanah rezab Melayu di dalam ECER hanya mempunyai dua pilihan. Pertama, pemilik menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam sebuah badan yang didakwa “badan amanah”. Kedua, menjualkan terus kepada badan yang didakwa “badan amanah itu”.(The Edge Daily 24 September 2007)

10. WPI untuk Singapura, gugat Islam

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: “Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun WPI? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ.

“Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.

“Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu”.

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pula melaporkan: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya. Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI.

Menteri Besar Johor itu menjawab isu yang dibangkitkan oleh ProWaris mengenai Akta IRDA 664. ProWaris melihat akta itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Semua itu adalah idea Perdana Menteri. “Let me stress that this is my idea. It did not come from anyone else. It is my own vision and plan to create this super corridor in south Johor to make it the nation’s premier growth centre,” NST memetik beliau berkata.

11. Dr M minta siasat PM kerana skandal minyak

Skandal Oil for Food yang menzalimi rakyat Iraq yang dihimpit kemiskinan dan kelaparan disifatkan oleh wartawan Fox News, Fred Barnes sebagai “skandal terbesar dalam sejarah manusia”.

Dr Mahathir berkata: “Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya tidak tahu perkara tersebut … hanya selepas saya melepaskan jawatan, laporan tersebut dibuat.

“Apa yang penting bukan sama ada beliau merupakan penerima atau tidak, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri – atau sesiapa yang memegang jawatan dalam kerajaan – tidak wajar terlibat dalam mana-mana transaksi komersil. Nampaknya, dia turut terlibat.

“Sejauh mana dia turut terlibat saya tidak tahu…tetapi saya fikir, sepatutnya suatu siasatan perlu dilakukan oleh badan bebas, bukan oleh mereka yang di bawah Perdana Menteri”.

Malaysiakini melaporkan, dua orang yang terlibat secara langsung dalam transaksi Oil for Food itu ialah bekas ipar Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, Faek Ahmad Shareef dan adik Endon, Noorasiah.

Abdullah menulis surat yang menyokong perniagaan kedua-duanya di daalm skandal Oil for Food itu.

12. PM langgar garis panduan JPM, lepaskan harta kerajaan

Perdana Menteri melanggar garis panduan JPM apabila saham Pantai Holdings sebesar 31 peratus “dipersembahkan” kepada Parkway Holdings dari Singapura dengan harga RM312 juta sahaja. Skandal itu pernah dilaporkan oleh Malay Mail (19 Disember 2005).

Mengulas skandal itu, Husam berkata: “Lebih menyedihkan lagi, penjualan saham Pantai kepada pihak Singapura sebanyak 31% itu bercanggah dengan garis panduan penggabungan dan pengambil alihan milik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri bertarikh 21 Mei 2003 lagi. YAB, maafkan saya, sebenarnya telah melanggar garis panduan Jabatan Perdana Menteri sendiri berkait dengan fasal-fasal 4.3, 6.3 dan 7.3. Bagaimana ini boleh berlaku?”

Bukan setakat itu sahaja. Kerajaan Barisan Nasional juga melepaskan syarikat-syarikat strategik negara ini untuk diambilalih oleh syarikat-syarikat Singapura sehingga ke peringkat yang parah dan akan memusnahkan negara ini. antaranya termasuk pengambilalihan Pantai oleh Parkway; pembelian sebahagian kepentingan AirAsia, Proton Holdings Bhd oleh GSIC; pemilikan ekuiti Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Malaysian Plantations Bhd oleh Temasek Holdings dan pemilikan saham-saham pelabuhan tempatan, Westports, oleh pengendali pelabuhan Singapura, PSA, melalui Hutchison Ports Holdings.

13. Dr M tanya macam mana Khairy jadi jutawan segera?

ECM Libra merupakan sebuah syarikat senaraian awam yang tidak terkenal sebelum ia mengambil alih Avenue Capital. Manakala Avenue Capital pula ialah syarikat merupakan milik Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.) di mana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab.

MyKMU.Net melaporkan:

Avenue (untuk setahun hingga 31-1-2006)

Shareholders’ Fund (Jumlah Capital): RM673 juta (pada 31/1/2005)
Revenue: RM78.1 juta
Profit Before Tax (PBT): RM56.6 juta
Earning per Share (Basic EPS): 6.89 sen sesaham
Net Tangible Asset Per Share: 92.6 sen sesaham
1-year Profit Growth (PBT): +78.8%

ECM Libra (setahun hingga 31-12-2005)

Shareholders’ Fund (Jumlah Capital): RM578.3 juta (pada 30-3-2005)
Revenue: RM44.8 juta
Profit Before Tax (PBT): RM17.7 juta
Earning per Share (Basic EPS): 3.74 sen saham
Net Tangible Asset Per Share: 1.34 sen
1-year Profit Growth (PBT): -45.9%

Cuba bandingkan dari segi keuntungan, keuntungan sesaham, pertumbuhan keuntungan, saiz modal dan sokongan aset setiap saham antara kedua-dua syarikat ini. Jelas Avenue lebih dari semua segi.

Sebab itulah, apabila kedua-duanya bergabung sebaik sahaja Khairy mempunyai kira-kira RM9.2 saham dalam ECM Libra, penggabungan itu disifatkan sebagai “ular lidi” menelan “naga”.

Apabila ditanya adalah beliau meluluskan cadangan penggabungan ECM Libra dan Capitral Avenue yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan (MOF Inc.), The Star 20 Januari 2006 memetik Perdana Menteri berkata: “I am not involved in any way. I don’t know” (Saya tak terlibat sama sekali. Saya tak tahu).

Bagaimana Khairy menjadi jutawan segera? Khairy mendakwa dia meminjam duit kawan untuk membeli saham dalam ECM Libra. Tetapi, dia tidak menjawab pertanyaan Dr Mahathir: “Di mana dia dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak.

“Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra.

“Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat”.

Lebih pelik lagi, dalam jawapan kepada peguam yang mewakili Matthias Chang; Timbalan Peguam Cara Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Haini Hassan memberitahu, dokumen-dokumen berkaitan penggabungan ECM Libra and Avenue Capital Resources “tidak terdapat dalam simpanan (possession), jagaan atau kawalan Kementerian Kewangan”.

14. Anak PM juga jutawan segera

Dalam masa hanya beberapa bulan sahaja Abdullah menjadi Perdana Menteri, anaknya Kamaluddin diisytihar sebagai antara 10 tokoh perniagaan Melayu terkaya di negara ini, dengan aset lebih RM320 juta.

Abdullah pernah menyatakan bahawa anak-anak Dr Mahathir menerima manfaat yang jauh lebih besar dari apa yang diterima oleh Scomi. Kenyataan Abdullah itu dengan sendirinya mengakui bahawa syarikat yang dikuasai anaknya juga menerima manfaat dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

15. PM cakap tak serupa bikin

Perdana Menteri yang mengarahkan wakil-wakil rakyat dan keluarga mereka mengisytiharkan harta membuat kenyataan yang menghalang harta anak menantunya diisytiharkan. Beliau menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.

‘‘Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,’’ kata Perdana Menteri.

16. Malaysia tercorot dalam senarai demokrasi terencat

Malaysia dapat nombor corot, nombor 81, dalam senarai demokrasi terencat (Democracy Index 2007). Tercorot dalam senarai demokrasi terencat. Bukan demokrasi sihat.

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: