• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Allah kata, orang yang tolak Islam itu binatang: Nik Aziz

Oleh mstar

KOTA BARU: “Saya cakap yang betul.” Begitulah tingkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan “Orang Utan” yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini.

Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: “Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan.”

Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan.

“Orang putih guna perkataan ‘animal’. saya guna ‘Orang Utan’ tidak ‘animal’. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan,” katanya dalam temubual khas di sini.

Katanya, sama seperti apabila berhadapan dengan anak sendiri yang kadang-kala di nasihat, dan kadang-kala dirotan pula, begitulah juga PAS apabila berhadapan dengan parti lawannya.

Apabila dianjurkan bahawa bahasa yang digunakan itu mungkin kasar, lantas penyandang Menteri Besar Kelantan itu menjawab:

“Tidak bahasa kasar. Sekali sekala kasar perlu digunakan. Allah Taala dalam Quran sebut, orang tolak Islam macam binatang. Itu Allah Taala guna.”

Nik Aziz yang digelar ramai pihak sebagai Tok Guru berkata, beliau tidak terus melemparkan perkataaan binatang kepada orang Umno, tetapi menggunakan perkataan yang mengandungi ungkapan ‘orang’, makanya beliau mengatakan orang Umno seperti ‘Orang Utan’.

Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap kenyataan itu seperti yang dituntut banyak pihak beliau berkata tidak ada sebab beliau perlu berbuat demikian kerana beliau bukannya tersilap.

“Nak minta maaf macam mana kerana sengaja saya kata begitu,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: