• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Artikel Menarik: Bijak jual isu, bijak raih sokongan

Oleh G. MANIMARAN

JIKA mengambil kira perkembangan sejak beberapa hari ini, khususnya sejak pembubaran Parlimen Rabu lalu, nampaknya ramai yang sudah tidak sabar menanti untuk mengikuti isu kempen pilihan raya umum ke-12.

Diketahui umum parti-parti politik sudah pun memulakan kempen tidak rasmi sejak setahun lalu. Kempen rasmi calon dan parti hanya dibenarkan selepas penamaan calon pada 24 Februari ini.

Di sebalik itu, tinjauan umum prapilihan raya, yang dijalankan oleh institusi-institusi bukan kerajaan dan tokoh akademik menjelang pilihan raya ke-12 baru-baru ini, sedikit sebanyak telah memberikan gambaran umum mengenai isu-isu yang sedang dan bakal digunakan secara agresif dalam kempen kali ini.

Antara isu-isu yang menarik termasuklah soal kesan kenaikan harga barangan dan soal keselamatan dan jenayah. Ini hanya beberapa isu yang menjadi perhatian banyak pihak. Malah ada yang menyentuh soal kesan kemelesetan ekonomi global ke atas Malaysia.

Jika dilihat sejak pilihan raya umum pertama 49 tahun yang lalu, lebih 50 isu telah menjadi modal kempen sepanjang kempen pilihan raya umum. Ia tinggal dalam lipatan sejarah. Dan, dari segi angka jumlah ini tampak banyak.

Tetapi sebahagian isu telah diulang bangkit beberapa kali. Ini termasuklah aspek berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional, pendidikan, agama dan pembangunan ekonomi yang seimbang antara wilayah dan kaum.

Perlu diakui, isu merupakan komponen penting dalam mana-mana pilihan raya sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum. Sebenarnya kehangatan isu yang mewarnai setiap pilihan raya, selain aspek pencapaian parti dan personaliti calon-calon bertanding di peringkat mikro.

Keceriaan dan kehangatan pilihan raya juga ditentukan oleh isu-isu diketengahkan atau yang dibawa oleh parti-parti politik sebagaimana pernah disaksikan pada tahun 1969, 1978, 1990 dan 1999. Justeru, ia menjadi penantian ramai setiap kali pilihan raya diadakan.

Malah isu juga akan menentukan sejauh mana popularnya sesebuah parti ketika menghadapi pilihan raya, sekalis gus menarik sokongan pengundi. Oleh itu, sesetengah parti akan cuba menjadi hero dalam membangkitkan isu bagi mencari sokongan, yang akan diterjemahkan dalam peti undi.

Jika lebih 50 isu menjadi perhatian dalam pilihan raya sepanjang lima dekad yang lalu, bagaimana pula dengan isu dalam pilihan raya umum ke-12 kali ini? Pemerhati-pemerhati politik beranggapan situasi dan persekitaran empat tahun lalu akan berulang kali ini.

Pokoknya, setakat ini tiada isu-isu yang besar, yang boleh dan mampu menjejaskan kedudukan ataupun mengganggu-gugat kedudukan parti kerajaan yang memerintah – Barisan Nasional (BN).

Ketika pilihan raya umum pada tahun 2004, yang pertama di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, tidak banyak isu besar menjadi perhatian sehingga ada yang menggambarkan tidak cukup ‘panas’ berbanding tahun 1999.

Aspek ini masih segar dalam ingatan banyak pihak termasuk barisan pembangkang yang cuba menguji kerajaan pimpinan Abdullah dengan isu-isu ‘mengejut’ seperti dakwaan amalan pilih kasih, ketidakcekapan kerajaan dalam pengurusan negara dan pertumbuhan ekonomi.

Sebagaimana pernah diperlihatkan oleh barisan Perdana Menteri sebelum ini, Abdullah turut mencatatkan rekod pencapaian cemerlang dalam pilihan raya pertamanya. Pencapaian pilihan raya pertama Abdullah adalah cemerlang seiring dengan slogan kepimpinannya – Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Pencapaian Abdullah selaku Perdana Menteri adalah sama sebagaimana dicatatkan oleh Tun Abdul Razak (ketika pilihan raya umum 1974) dan Tun Dr. Mahathir Mohamad (tahun 1982) ketika masing-masing mengetuai pilihan raya pertama di bawah kapasiti sebagai Perdana Menteri.

Tetapi berbanding ketika pilihan raya pertama bagi Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir, Abdullah tidak berhadapan dengan isu besar langsung, sehingga membawa kepada pencapaian luar biasa.

Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid, yang telah terlibat dalam analisis pilihan raya sejak tiga dekad lalu, mengakui bahawa sebagaimana dalam pilihan raya-pilihan raya lalu, isu yang bakal diketengahkan kali ini juga menarik perhatian ramai.

“Tahun 2004 tiada isu-isu yang besar, ketika kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri menjadi kekuatan Barisan Nasional (BN), dan membawa kemenangan yang sangat besar,” jelas beliau.

Apakah ini bermakna tiada juga isu besar kali ini? Pilihan raya umum ke-12 juga tidak akan hangat dengan isu-isu menarik? Pun begitu Syed Arabi, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menarik perhatian, isu-isu kecil dan setempat tetap akan menjadi perhatian para pengundi. Ia tidak boleh dielak dalam keadaan tertentu.

Isu harga kenaikan barangan keperluan adalah salah satu contoh, yang menjadi tumpuan rakyat jelata kini. Isu-isu kecil sebenarnya akan menjadi lebih penting bagi sesetengah pengundi.

Di peringkat nasional tiada isu besar yang boleh dijadikan sebagai modal politik dalam kempen pilihan raya. Memang sesetengah pihak berpendapat pertumbuhan ekonomi menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun suasana ekonomi ‘dingin’ bukan satu isu yang dialami oleh Malaysia sahaja. Ia bukan sahaja dihadapi oleh Abdulalh sekarang, tetapi juga beberapa Perdana Menteri sebelum ini. Sebaliknya, ia kini dianggap sebagai fenomena global, yang menjejaskan kecergasan pertumbuhan dunia.

Abdullah dalam temu bual dengan program VIP Awani terbitan Astro pada 23 September lalu, sambil menekankan pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam waktu terdekat, mengakui ekonomi negara berada dalam kedudukan baik walaupun kelembapan ekonomi Amerika Syarikat boleh memberi kesan ke atas Malaysia. Pendirian yang sama pernah ditegaskan oleh kerajaan yang memerintah baru-baru ini.

BN juga telah mengakui bahawa tidak mungkin dapat mengekalkan pencapaian bersejarah tahun 2004. Graf pencapaian dan keputusan 11 pilihan raya yang lalu juga membuktikan kedudukan tersebut.

Bolehkah suasana semasa boleh dianggap sebagai satu ukuran kempen pilihan raya umum ke-12 akan bebas daripada isu-isu besar?

Jawapannya sudah tentu tidak. Jika dihalusi sejarah pilihan raya negara ini, isu-isu baru pernah muncul menjelang Parlimen dibubarkan ataupun ketika kempen sedang berlangsung.

Pilihan raya umum tahun 1990, apabila BN berhadapan dengan persaingan sengit daripada pembangkang selepas tahun 1969, adalah contoh klasik. Pengalaman pahit dialami bekas parti Semangat 46 dan Parti Bersatu Sabah (PBS), yang kemudiannya dijadikan isu menguntungkan BN.

Ketika pilihan raya umum 2004, personaliti dan kepimpinan baru menjadi kekuatan BN untuk mengetuai kemenangan besar dalam sejarah.

Pembangkang sama ada DAP, Pas ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dapat melawan ‘kekuatan personaliti’ pada tahun 2004.

Isu harga barang, kemelesetan ekonomi, video klip yang dikaitkan dengan ketelusan badan kehakiman negara, pencapaian BN di bawah pimpinan Abdullah sepanjang empat tahun lalu merupakan aspek besar yang boleh digunakan sebagai modal kempen. Ia merupakan isu modal ketika berkempen.

Satu lagi aspek dalam soal isu ketika kempen ialah mendampingi penyokong-penyokong parti dalam mengumpulkan sokongan menjelang hari pengundian. Isu ini nampak kecil tetapi ia juga perlu diberi perhatian.

Ia melibatkan kebanyakan parti komponen termasuk dalam BN itu sendiri – yang biasanya berlaku dan sedang berlaku dalam MIC, MCA dan UMNO serta beberapa parti kecil yang lain. Sudah tentu suasana yang sama akan wujud di kalangan parti komponen alternatif.

Berdasarkan pengalaman analisis keputusan pilihan raya Syed Arabi, perlu diterima ramai bahawa dalam apa juga keadaan, isu-isu yang timbul kekadang akan lenyap apabila pengundi menghampiri peti undi untuk mengundi.

Mereka akan mengambil kira prestasi kerajaan dengan mengutamakan kestabilan dan kesejahteraa umum. Malah, di Malaysia, barisan pembangkang juga masih belum memperlihatkan komitmen untuk membentuk barisan kukuh. Parti-parti pembangkang juga masih berhadapan dengan masalah dalaman, yang sama sekali tidak boleh menjejaskan kedudukan BN yang berkuasa sejak 50 tahun lalu.

Sebenarnya kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mempunyai banyak isu untuk dijadikan modal kempen. Oleh itu, parti dan calon perlu bijak menggunakannya ketika berkempen dan meraih sokongan 10.9 juta pengundi.

ANTARA ISU MENARIK PILIHAN RAYA UMUM

PILIHAN RAYA 1959

Dominasi Kolonial British
Proses Malayanisasi
Kerakyatan
Pendidikan Cina
Agama Islam

PILIHAN RAYA 1964

Konfrontasi Malaysia-Indonesia
Kedudukan Melayu dan Islam
Pendidikan Cina
Integrasi Kebudayaan
Pembentukan Malaysia

PILIHAN RAYA 1969

Pembangunan dan kemiskinan luar bandar
Perpaduan dan perkauman
Singapura keluar Malaysia

PILIHAN RAYA 1974

Dasar Ekonomi Baru

Perpaduan dan integrasi nasional
Kebebasan berpolitik – undang-undang baru
Pembentukan kerajaan campuran

PILIHAN RAYA 1978

Dasar ekonomi negara
Penerapan nilai-nilai Islam
Perpaduan dan integrasi nasional
Isu dalaman BN – Pas keluar BN

PILIHAN RAYA 1982

Pembangunan ekonomi negara
Amalan rasuah
Penerapan nilai-nilai Islam
Pemantapan demokrasi
Masalah kepimpinan dalaman MCA

PILIHAN RAYA 1986

Kemelesetan ekonomi
Projek-projek mega
Dasar Islam
Skandal BMF, UEM
Kebebasan bersuara

PILIHAN RAYA 1990

Perpecahan dalam UMNO, orang Melayu
Perpaduan dan kestabilan politik
Dasar-dasar Islam
Pembangunan ekonomi
Masalah dalaman parti komponen BN
PBS keluar BN

PILIHAN RAYA 1995

Proses perindustrian negara
Projek-projek mega
Perpaduan dan masalah perkauman

PILIHAN RAYA 1999

Kegawatan ekonomi Asia
Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kebebasan dan amalan demokrasi
Kronisme
Dasar-dasar Islam
Pendaftaran pemilih

PILIHAN RAYA 2004

Kepimpinan Baru BN, kerajaan
Kebebasan dan amalan demokrasi
Pendidikan dan agama Islam
Keadilan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pertumbuhan ekonomi lebih cergas
Ketelusan dan akauntabiliti

PILIHAN RAYA 2008

Kenaikan harga barangan?
Kesan krisis ekonomi sedunia?
Pendidikan?
Pembangunan ekonomi seimbang?
Agama?
Jenayah dan keselamatan?
Integrasi dan pembelaan kaum?
Demonstrasi jalanan?

Satu Respons

  1. is there any article that is about ratio intergration?

    admin-sorry we dont have it here

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: