• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Golongan muda digesa tolak Khairy, tawaran tidak realistik BN

Oleh Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengajak pengundi muda untuk menolak gesaan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan tawaran tidak realistik mereka kepada rakyat.

Ketua DPPP Salahuddin Ayub berkata, jika golongan muda mahu memastikan masa depan negara lebih terjamin makan mereka mesti menolak BN.

“Ini adalah peluang terbaik rakyat memperbetulkan semula kerosakkan yang dibuat oleh Umno/BN selama 50 tahun.

“Tidak ada guna golongan muda menyokong slogan selamat dalam ketakutan, mengiyakan slogan aman dalam huru-hara dan menganggukkan kepada kepada slogan makmur ketika kroni dan anak menantu pemimpin sedang rakus mencuri harta negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pengundi muda bukan hanya patut melihat janji-janji BN tetapi yang lebih penting adalah melihat realiti yang ada, khususnya nasib generasi muda selepas anak menantu Perdana Menteri menguasai ekonomi negara.

Jelasnya, golongan muda telah melihat dengan mata mereka bahawa selepas 50 tahun merdeka masa depan mereka hampir tergadai disebabkan kerakusan pemimpin Umno/BN.

“Janji ‘Selamat, Aman dan Makmur’ BN langsung tidak realistik kerana rakyat sedar negara ini tidak lagi selamat dengan bertambahnya kes jenayah termasuk penculikan kanak-kanak, ragut, bunuh dan sebagainya, tidak juga aman kerana hubungan kaum masih meruncing termasuk perbalahan Umno dengan Hindraf,” jelasnya.

Bagaimanapun janji PAS ‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan’ katanya, amat realistik sebagaimana terbukti dalam pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.

Bahkan katanya, Menteri Besar Kelantan turut ‘menjemput’ BPR untuk menyiasat mana-mana pemimpin PAS yang disyaki menerima rasuah untuk membuktikan ketelusan kerajaan PAS.

Justeru, katanya Negara Berkebajikan PAS adalah amat realistik jika segala kemakmuran dan kekayaan negara benar-benar di salurkan kepada rakyat, bukannya kepada kroni .

Oleh itu, rakyat tidak boleh menganggap tawaran PAS untuk pendidikan dan kesihatan percuma suatu yang tidak masuk akal kerana beberapa negara yang anti kapitalis seperti Venezuela dan Cuba berjaya melaksanakan dasar ini. – mks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: