• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Pegawai kerajaan perlu berani undi PAS – Presiden PAS

Oleh Salmiyah Harun

PUTRAJAYA, 19 Feb (Hrkh) – Pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja dan menetap di Putrajaya harus lebih berani daripada orang kampung untuk mengundi PAS dalam pilihan raya kali ini.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, pegawai kerajaan di Putrajaya mempunyai pendidikan dan fikiran jauh lebih baik berbanding orang kampung, jadi tidak ada sebab untuk mereka mengundi PAS.

“Pegawai-pegawai Putrajaya tidak perlu rasa takut dengan kerajaan untuk undi PAS bahkan mereka kena tahu undi adalah rahsia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di D’Anjung Presint 1 Putrajaya, ketika program Jelajah Presiden bertemu dan memperkenalkan calon kepada rakyat semalam.

Abdul Hadi juga berharap calon PAS kali ini akan menjadi calon pilihan warga Putrajaya memandangkan hampir 90 peratus penduduk di Putrajaya Melayu dan beragama Islam.

Katanya, siapa calon BN di Putrajaya PAS tetap dengan pendiriannya meletakkan Mohammad Nor Mohamad, 50, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan sebagai calon.

Beliau juga berkata, sebelum ini walaupun kalah calon PAS di Putrajaya tidak pernah hilang wang deposit, bagaimanapun pada kali ini PAS akan berusaha untuk menang di situ.

“Biar menang di Putrajaya bukannya untuk tidak hilang wang deposit, jangan anggap kemenangan bagi orang Islam adalah mustahil tidak ada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah sahaja yang kekal,”katanya.

Katanya, PAS lebih berani daripada BN kerana memperkenalkan calon di Parlimen Putrajaya mendahului mereka.

Berhubung penerimaan kaum bukan Melayu terhadap PAS, Abdul Hadi yakin kaum Cina dan India akan memberi undi kepada PAS dengan syarat mereka tidak diganggu dan diugut oleh pihak lawan.

Dalam pada itu, calon PAS Putrajaya, Mohammad berjanji akan memberi perubahan kepada kakitangan kerajaan yang mana pada saat ini amat memerlukan pembelaan.

“90 peratus penduduk di sini beragama Islam dan memerlukan satu pembelaan yang bersungguh-sungguh daripada kita,” katanya.

Semasa di salah sebuah cafeteria di Presint 1, Abdul Hadi sempat meluangkan masa kira-kira sejam bersama-sama kakitangan kerajaan di samping menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh mereka.

Sejurus selepas itu, Abdul Hadi bersama-sama rombongan solat asar berjemaah di Surau Presint 8 kemudian bertemu dan beramah mesra dengan para peniaga di pasar berhampiran seterusnya ke medan selera di Presint 9.

Turut sama dalam rombongan bertemu rakyat Putrajaya, AJK PAS Pusat Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Salbiah Wahab, dan beberapa orang jentera parti PAS Wilayah. – mks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: