• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Pesuruhjaya PAS WP bertanding di Putrajaya

PUTRAJAYA: PAS mempertaruhkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad, 50, sebagai calon untuk bertanding kerusi Parlimen Putrajaya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata memandangkan penduduk di Putrajaya ini kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan, mereka sepatutnya lebih berani daripada orang kampung.

“Undi adalah rahsia dan mereka adalah orang yang berpelajaran. Bagi orang Islam, pilihan raya adalah amanah. Bila amanah, kita mesti menunaikannya,” katanya kepada pemberita sempena program jelajah beliau ke Wilayah Persekutuan di sini Selasa.

Mohamad Noor, seorang ahli perniagaan, sebelum ini pernah bertanding dua kali di kawasan Parlimen Titiwangsa. Beliau tewas kepada Datuk Seri Suleiman Mohamed dari Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 1999 dan pada pilihan raya umum 2004 kalah kepada calon BN Datuk Astaman Abdul Aziz.

Pada pilihan raya umum 2004, kerusi Parlimen Putrajaya ditandingi calon Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) Abdul Rahman Othman, yang tewas kepada calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan majoriti 3,546 undi.

Sambil menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi ala-British iaitu pegawai kerajaan tetap orang sama walaupun kerajaan berubah, Abdul Hadi berkata tidak ada sebab pegawai-pegawai kerajaan berasa takut pemerintah akan bertukar.

“Pegawai-pegawai penting kerajaan akan terus memegang jawatan dan mereka dianggap tidak mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.

“Ini berlainan dengan sistem demokrasi di Amerika di mana pegawai penting kerajaannya bertukar apabila satu parti lain menang, mereka akan melantik pegawai-pegawai utama daripada parti tersebut,” katanya. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: