• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Sejarah Demontrasi : Rais Yatim Disaran Kembali Ke Tingkatan 3

Nampaknya Barisan Nasional semakin tidak rasional kini. Tuduhan Rais Yatim bahawa Demontrasi Jalanan boleh ranapkan negara mengambarkan suatu ugutan kepada rakyat dan menafikan hak demokrasi rakyat.

Kebebasan berhimpun adalah dijamin melalui perlembagaan dan penganjur demontrasi sentiasa akur untuk memohon permit berdasarkan peruntukkan undang-undang. Cuma pegawai-pegawai atasan Polis yang telah diperkudakan oleh BN telah menafikan hak ini. Setiap permohonan pasti akan ditolak walhal tiada sejarah yang menunjukkan himpunan rakyat dijalanan menimbulkan huru hara atau meranapkan negara.

Para peniaga masih boleh berniaga dengan baik. Cuma BN sahaja yang suka memomokkan rakyat bahawa demontrasi menggangu atau mewujudkan suasana tidak aman.

Negara maju seperti Amerika, Britain, Jerman, Jepun dan sebagainya membenarkan demontrasi jalan sejak dahulu lagi. Walau saban tahun ada sahaja demontrasi, negara mereka tetap maju dan para pelabur yakin untuk melabur ditempat mereka.

Berbeza dengan Malaysia, kerajaan mereka adalah milik rakyat bukannya bersikap kuku besi yang bertopengkan Islam Hadhari.

Demontrasi Jalanan Dirikan Negara

Jika ingin menyebut soal budaya, himpunan jalanan memang budaya kita dan negara ini didirikan atas perjuangan dijalan raya sebagai mana yang berlaku di awal era kemerdekaan. Nampaknya bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan buta untuk menilai dan memahami sejarah. Era kolonial dulu, demontrasi dibenarkan dengan kawalan Polis bukannya dihalang. Pelajar tingkatan 3 lebih bijak dari beliau tentang sejarah, oleh itu wajar untuk beliau kembali ke sekolah belajar dengan budak tingkatan 3.

Sikap angkuh dan bodoh pemimpin BN hanya sekadar memalukan diri mereka ketika berada dipentas dunia. Parti-parti bukan BN seharusnya dihormati bukannya dilayan seperti rakyat negara lain.

BN Salah Guna Harta Kerajaan Untuk Pilihanraya

Pada masa ini BN juga hanya sekadar ‘caretaker goverment’ dan tidak berhak menggunakan media RTM mahu pun pejabat-pejabat Kerajaan dan harta Kerajaan untuk mempromosikan parti mereka disaat pilihanraya makin hampir.

Setiap hari RTM telah menyusun agenda bagi mempromosikan BN sama ada secara tidak langsung atau langsung. Liputan untuk parti pembangkang dinafikan kecuali bagi isu-isu yang menyebelahi BN.

Dalam konteks ini, BN telah menanamkan budaya autokratik dalam pentadbiran negara. Kakitangan Kerajaan Gred 41 ke atas juga dilarang terlibat dalam politik ataupun menunjukkan simpati kepada mana-mana parti Politik. Bagi kakitangan sokongan mereka hanya dibenarkan terlibat dengan parti komponen BN dan kelulusan langsung tidak diberikan bagi yang menyokong Pembangkang.

Rakyat Boleh Saman BN

Sudah tiba masanya rakyat bangkit menyaman BN diatas dasar yang autokratik ini. Peraturan JPA bagi penjawat awam adalah melampaui batas perlembagaan dan rujukkan kehakiman diperlukan untuk memperjelaskan kedudukan peraturan ini dalam perlembagaan.

Jika BN masih lagi diberikan kuasa memerintah, maka rakyat akan terus menerus sengsara. Tiada ruang untuk nyatakan bantahan, tiada ruang untuk menyokong dan tiada ruang untuk menentukan masa depan negara selagi ianya masih dikuasai BN.

Oleh itu, rakyat perlu berani membuat perubahan dan pilihanraya adalah jalan terbaik selain demontrasi jalanan atau pun revolusi.

Rakyat Jangan Sekadar Mengeluh

Rakyat perlu jelas tentang hak mereka dan tidak sekadar mengeluh bila BN gagal membanteras jenayah atau menaikkan harga minyak hingga menyebabkan kenaikkan harga barang pasaran secara keseluruhannya.

Dasar-dasar BN kini sudah terlalu usang dan tidak sesuai dengan kehendak rakyat yang kini semakin cerdik dan memahami erti hak dan demokrasi.

Jika di Eropah, mereka mengunakan laluan referendum untuk melihat respon rakyat terhadap sesuatu dasar. Jika majoriti bersetuju, maka ianya dilaksanakan jika tidak ia akan dibatalkan atau diperbaiki.

Ini berbeza dengan BN kerana pemimpin mereka menganggap hanya merekalah pemimpin negara ini dan parti lain tidak berhak duduk ditempat mereka. Semua dasar mereka tidak boleh dipinda oleh rakyat.

Jadi sekali lagi ditegaskan, agar rakyat bangkit membuat perubahan jika mahu negara diperintah dengan cara yang telus dan beramanah.

Satu Respons

  1. Di Paris atau London demonstrasi untuk menyerahkan memorandum kepada PM adalah perkara biasa dan berlaku pada bila bila masa. Polis yang bertugas akan memastikan laluan trafik adalah lancar dan peserta demo akan diberikan clearance oleh polis trafik. Mereka dilayan seperti manusia biasa.

    Di Malaysia; polis dan FRU akan memberikan eye mo atau mandi herba istimewa kepada peserta demonstrasi.

    Paling hebatnya wang cukai yand dibayar oleh pembayar cukai untuk kerajaan diguna untuk membeli gas pemedih mata atau mud cleaner untuk digunakan untuk menghalang pembayar cukai itu sendiri. WOW!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: