• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Umno perkudakan Cina dan India Untuk Kepentingan Politik Mereka

Setelah 5o tahun memerintah negara, kini Umno terus berjaya memperkudakan pengikut MCA dan MIC untuk menyokong mereka atas dasar Barisan Nasional. Gabungan ini nampak kuat dari luar tetapi sebenarnya terlalu longgar di dalamnya.

Walaupun gabungan ini memiliki begitu banyak parti komponen didalamnya tetapi sejak 50 tahun lalu, pemimpin Umno masih lagi menguasai tampuk kepimpinan BN. Dari Pengerusi BN yang dipegang oleh Presiden Umno hinggalah kepada jawatankuasa Putera dan Puteri BN yang turut diketuai oleh pemimpin UMNO.

Pemimpin dari MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya hanyalah sekadar kuli mereka. Dalam soal pembahagian kerusi, pengerusi BN yang di pegang oleh Abdullah mempunyai kuasa veto untuk menentukannya. Parti komponen lain hanya boleh mencadangkan dan Abdullah yang tentukan keputusannya.

Pemimpin parti kompenen lain takut bersuara, apa lagi memohon kerusi lebih yang sebelum ini ditandingi oleh Umno. Mereka tidak berani angkat muka depan Abdullah, apalagi setelah Hishamuddin menjulang keris pada Perhimpunan Agung Umno dua tahun lalu.

Memang ramai pemimpin komponen BN lain yang tidak puas hati dengan penguasaan Umno. Beberapa pemimpin pemuda Gerakkan, MCA dan MIC pernah mengutarakan hal ini tetapi mereka dipaksa berdiam diri.

Paranjothy dan Devamany contohnya telah dipaksa menarik balik semua kenyataan mereka atas isu Hindraf dan ini menyebabkan orang India semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin kaum India dalam BN khususnya MIC dan Gerakkan.

Secara keseluruhannya, orang Cina dan India kini harus bijak memilih pemimpin kerana pemimpin mereka dalam BN tidak mampu berbuat apa-apa untuk mereka.

Umno selalu membangkitkan soal 13 mei dan perpaduan bila ada isu yang berkaitan perkauman. Hakikatnya mereka juga tiada jiwa Melayu dan Islam. Mereka hanya berjuang untuk periuk nasi mereka.

Kita boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin Umno Bn dan Keluarga mereka termasuklah anak cucu mereka.

Kebanyakkannya tidak bersolat, tidak menutup aurat, kaki disko dan suka berpesta atau berhibur. Mereka juga suka bercampur baur antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan ini jauh terpesong dengan apa yang yang dianjurkan oleh budaya Melayu dan juga Islam terutamnya.

Bila pilihanraya mereka sibuk tunjuk nak jadi Imam Hadhari, lepas menang mereka akan jadi hantu hadhari. Pegang bahu wanita sana-sini, berkaraoke sampai pagi. Hatta dalam persidangan Imam seluruh negara pada tahun lepas pun mereka sajikan dengan kugiran irama 60-an.

Inilah dia rosaknya Umno. Tidak cukup dengan kerosakkan akhlak, mereka juga membolot semua geran tanah dan juga projek dan mengenakan larangan pemberian projek Kerajaan kepada Cina dan orang India. Semua projek diberikan status ‘Untuk Bumiputra’.

Tapi hakikatnya, memanglah syarikat bumiputra yang masuk, itu semua kroni mereka yang tak reti buat projek. Nilai projek 10 juta mereka naikkan sampai 20 juta kerana yang laksanakan projek tu adalah kontraktor Cina juga. Kontraktor Melayu-Umno ambil untung atas angin hingga wujudnya istilah Patrick Badawi, dan sebagainya.

BN yang kuasai Umno bukanlah parti perpaduan, mereka hanya perkudakan BN yang hakikatnya masih lagi komponen parti perkauman. Dan rakyat harus bersatu untuk perpaduan, tetapi bukan dibawah BN.

Terpulanglah pada pengundi Cina, India dan Melayu. Adakah anda ingin terus diperkudakan oleh Umno atau bersikap tidak mahu keluar mengundi. Pilihanraya ke-12 adalah masanya untuk mengajar mereka..Undilah Barisan Alternatif

2 Respons

  1. Kerajaan BN tidak boleh lagi diharap atau diterima oleh rakyat jelata. Walau apapun ini merupakan PILIHANraya bermaksud rakyat memilih, Saya lihat kempen BN seolah olah seperti rakyat Malaysia tiada PILIHAN tetapi mengundi BN sahaja. Takut ada rusuhan la, ada ekonomi jatuh la.

    Saya rasa imaginasi paling teruk di dalam minda kita telah pun direalisasikan oleh BN sejak AAB mengambil alih tahun 2004. Demonstrasi, harga naik, ketidaksefamanan agama, kuil diroboh, tahanan ISA, kerakusan polis semuanya telah berlaku di dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    The worst has already happened!!!

    Jadi BN tak payah lah nak takut takutkan semua pengundi lagi.

    Angan angan seperti ini mungkin laku pada PRU yang lepas lepas, dalam era maklumat sekarang; BN tidak boleh berselindung di sebalik pelbagai penipuan dan manipulasi media mereka.

    Diharapkan semua penyokong pembangkang sentiasa dalam keadaan sedar bahawa ini PILIHAN kita; jangan jatuh di dalam perangkap intimidasi media dan jentera PRU BN.

    Situasi 1969 berbeza daripada sekarang; masalah negara sekarang adalah masalah yang melanda semua rakyat; bukan India, Cina atau Melayu semata-mata.

    Selagi BN tidak memainkan sentimen agama atau perkauman; tidak akan ada sebarang kejadian rusuhan. Dan untuk itu diharap semua penyokong berwaspada terhadap sebarang pihak untuk mengungkit kita.

    Kebangkitan rakyat sekurang-kurangnya untuk menidakkan majoriti 2/3 dapat memberi banyak pengajaran kepada ketua-ketua BN untuk jaga kelakuan dan kepercayaan yang telah diberikan selama 50 tahun kepada mereka.

  2. betui ka hang cakap nih? cam tak caya jer..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: