• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Calon PAS gabungan ulama, profesional berwibawa

Oleh Abd Shukur Harun

Para pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, 8 Mac ini, akan berpeluang memilih calon terbaik yang akan dikemukakan PAS di seluruh negara.

Calon PAS adalah gabungan mantap daripada kalangan ulama, profesional, intelektual dan para aktivis parti yang sangat dekat dengan rakyat. Mereka telah dipilih melalui pelbagai proses yang akhirnya diluluskan oleh Majlis Syura’ Ulama.

Dengan para calon berwibawa daripada PAS ini, pengundi tidak sukar untuk memilih wakil berwibawa mereka untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Kecuali ada sedikit perubahan kecil pada saat akhir sebelum hari penamaan calon 24 Februari ini, para calon PAS terdiri daripada tokoh ulama berwibawa, pendakwah, pemimpin masyarakat, intelektual, profesional dan pendidik berwibawa.

Dimulakan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat yang dijangka mempertahankan kerusinya di Dun Cempaka, kemudian diikuti dengan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Abd Hadi Awang yang dijangka bertanding di tempatnya sendiri di Marang, Terengganu.

Kemudian timbalannya, Ustaz Nasarudin Mat Isa yang dijangka bertanding di Kelantan, demikian juga Husam Musa yang akan mempertahankan kerusi Dun di Kelantan, Haji Mohamad Sabu di Terengganu dan Ustaz Haji Ahmad Awang di Dun Semanggol, Perak.

Di kalangan para ulama, PAS menyediakan calonnya, antaranya, Ustaz Abd Ghani Shamsudin, Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Abd Ghani Abd Rahman, Ustaz Muhd Daud Iraqi, Ustaz Azizan Abd Razak, Ustaz Taib Azamuddin, di samping puluhan lagi para ustaz muda yang berwibawa, berkelulusan tinggi dan menyerlah, yang tentunya tidak dapat disebutkan semua nama mereka di sini.

Sementara itu calon-calon profesional dan intelektual seperti Dr Syed Azman Syed Nawawi, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Hatta Ramli, Ir Haji Khalid Samad, Ir Fakhrurrazi Nawawi, Ir Amirudin Hamzah, Dato’ Dr Hasan Ali, peguam Hanipa Mydin, Haji Taulan Rasul, Taqiyuddin Hassan, Dr Shafie Abu Bakar, Dr Mariah Mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan puluhan lagi doktor dan peguam serta ahli ekonomi dan jurutera.

Mereka ini memilih PAS sebagai wadah perjuangan justeru kerana mereka yakin PAS telah menyediakan kesempatan dan peluang luas untuk mereka merialisasikan cita-cita perjuangan mereka untuk membela Islam dan menegakkan keadilan untuk semua rakyat.

Justeru pada ketika para pengundi sedang melalui suatu perubahan berfikir bahawa calon yang mereka pilih nanti mesti berwibawa dan bersih, maka PAS telah menawarkan sekian ramai calonnya yang berwibawa, berilmu dan hebat.

Memanglah sangat wajar para pengundi mengutamakan calon berwibawa, berilmu dan bersih, kemudian barulah parti yang mereka wakili. Namun begitu, secara lojiknya, jika calon itu tidak bermutu, tidak bersih, berakhlak buruk dan rasuah sudah tentulah parti yang diwakilinya juga bukan sebuah parti yang baik, yang boleh diharapkan oleh rakyat.

Ini kerana calon yang tidak berwibawa itu datang daripada parti yang tidak berwibawa juga, kalau tidak masakan ia memilih calon yang sedemikian rupa.

Hasil tarbiyah berterusan yang ditekankan oleh PAS selama ini yang menitikberatkan mengenai akhlak, ilmu, ketrampilan sebagai pemimpin Islam, cerdas dan dinamik, jelas PAS tidak sukar menghasilkan calon berkualiti tinggi.

Hampir semuanya lulusan universiti dalam dan luar negara, kebanyakannya boleh bertutur dalam bahawa Arab dan Inggeris, berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan ilmu-ilmu lain.

Mereka ini kebanyakannya menguasai bidang IT, mempunyai bacaan luas, terdedah di peringkat nasional dan internasional. Di samping itu mereka banyak terlibat dengan kerja kemasyarakat di tempat masing-masing umpamanya menolong mangsa tsunami, banjir besar, kebakaran, kemarau dan pelbagai lagi.

Mereka terlibat dengan kerja-kerja amal ini bukan saja di dalam negara bahkan di luar negara seperti yang terjadi pada tsunami di Aceh (Indonesia), gempa bumi di Jawa Tengah (Indonesia), Iran, Turki, Pakistan dan sebagainya.

PRU ke-12 8 Mac ini, rasanya para pengundi akan memilih calon berwibawa daripada PAS dan rakan-rakannya dalam BA, bukan lagi totok memilih parti tertentu walaupun calon mereka lemah. Kita yakin perubahan minda pengundi kali ini akan diterjemahkan melalui peti undi. – lanh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: