• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Pemimpin BN akan buat rusuhan kalau Pembangkang Menang Kali Ini

Usaha memburukkan pembangkang semakin memucak kini. Faktor-faktor ketidakstabilan negara mula dicanang bagi menakutkan rakyat. Rata-rata pemimpin Barisan Nasional kini memberikan gambaran buruk terhadap masa depan negara dibawah pakatan Pembangkang.

Najib Razak dalam kebanyakkan ucapannya menghasut rakyat agar menolak Pembangkang untuk mengelakkan huru hara dan kebangkrapan negara. Selain itu, rangkaian jentera Pemuda dan wanita juga membawa suara dan ancaman yang sama.

Negara digambarkan dalam situasi gelap sebagaimana usaha BN ketika cuba menentang arus kebangkitan rakyat dalam menyokong PAS pada pilihanraya 1990 di Kelantan.

Pada waktu itu, BN memomokkan bahawa rakyat akan kelaparan dan ekonomi tidak berkembang jika PAS menang. Akibatnya, ketika PAS menang berduyun-duyun orang dari luar datang dan membawa bekalan makan untuk rakyat Kelantan yang akhirnya membuatkan mereka tergelak besar kerana rakyat Kelantan pada masa itu tenang dan hidup sejahtera dibawah PAS.

Tiada masalah kebuluran atau kemandoman ekonomi sebagaimana yang dicanangkan sebelumnya. Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 18 tahun telah berjaya mengangkat ekonomi Kelantan dan meletakkan ditempat yang lebih baik dari pemerintahan Umno.

Akaun Kerajaan Kelantan dibawah PAS semakin baik walau pun Kerajaan BN yang menguasai Persekutuan sering menghantar peruntukkan tahunan diluar jadual yang ditetapkan. Kadang kala peruntukkan yang seharusnya diberi pada bulan Januari, hanya diterima pada bulan Disember.

Walaupun begitu taraf hidup rakyat dapat diperbaiki dan Kelantan kini telah melonjak naik dari tangga pertama negeri termiskin kepada tangga ke enam yang mana Terengganu yang kini dikuasai semula oleh BN mengambil takhta sebagai negeri termiskin di Semenangjung Malaysia kini.

Corak pemerintahan yang berhemah ini menakutkan BN kerana mereka memerintah penuh dengan salah guna kuasa.

Oleh itu, ancaman berlakunya rusuhan atau keadaan tidak stabil mungkin benar tetapi yang melakukannya adalah mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin BN yang menjadi pembangkang di DUN Kelantan sering merusuh malah pernah melakukan provokasi untuk bergaduh dalam persidangan Dewan.

Sikap biadap pemimpin BN ini harus disanggah oleh rakyat dengan menyatakan undi mereka kepada rangkaian Parti Pembangkang yang diketuai oleh PAS. Inilah masa, inilah waktunya untuk rakyat membuat penilaian tepat dan memperbetulkan kesilapan kerana terlalu banyak memberikan peluang kepada BN yang menipu dan terus menipu rakyat.

6 Respons

  1. undi lah parti pembangkang

  2. nape perlu buat rusuhan tak perlu buat rusuhan jadilah negara yang aman dan damai.setiap permaian ada kalah dan menang.kalau pembangkang menang ape salah nye kite tgok same2 klu pembangkang menang kali ni..adakah pemerintahnya cara macam BN yg penting kn diri sendiri yg tak pikir hak rakyat.naik kn harga barang sesuka hati lah minyak naik lah gaji x seberapa.maksud BN..BARANG NAIK BILE NAIK BARU NAIK BERAPA NAIK BANYAK NAIK.itulah BN sebenarnya.

  3. Yang akan keluar merusuh nanti anak mertua, dpm, pak lah, samy vellu,pak lah dan semua wakil BN. Merusuh kerana parti mereka telah kalah dalam PRU.

    Boleh lah mereka bergaduh sesama sendiri menyalahkan satu sama lain mengapa mereka mengalami kekalahan teruk nanti.

    Samy vellu akan mengalami sakit mental yang teruk

    Semua pengundi yang berjaya membuat perubahan kepimpinan kerajaan akan merayakan kejayaan ini di dalam kediaman masing kerana mengetahui samseng BN diluar sana untuk mengungkit mereka.

    Hari Isnin selepas PRU, semua akan pergi bekerja seperti luar biasa dengan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. KLSE akan melonjak naik ke paras tertinggi dalam abad ini. Kecuali syarikat syarikat kroni BN akan dibungkus masuk kategori PN17

    Sebuah syarikat minyak dari Cina,India atau Asia Barat akan datang berjumpa Datuk Nik Aziz di Kelantan menyatakan hasrat untuk memajukan industri minyak di perairan Kelantan.

    Semua tahanan ISA dibebaskan. Satu perhimpunan aman diadakan menyerahkan memorandum kepada kerajaan untuk mengkaji semua projek mega yang merugikan rakyat, mengkaji sistem pendidikan, tol, isu agama dan lain lain lagi. Polis pula ditugaskan mengawal lalu lintas supaya pergerakan peserta adalah lancar dan teratur.

    Rakyat Malaysia rata rata dahagakan perubahan yang diimpikan selama ini.

    Ini peluang kita, baik dipergunakan sebaik baiknya.

    Saya mendoakan kejayaan semua calon BA

  4. Pak Man Saat jadi wakil calon saat2 akhir…Hebat bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir…relax jer jadi calon…Yang bertungkus lumus terkepil 2 jua…

    salam

  5. Maafkan saya kerana `off topic’; saya dah puas mencari website atau blog PAS Selangor. Harap sdr/sdri dapat tolong.

  6. Saya cadangkan kamera video cctv digunakan bagi mengenal pasti rombongan2 yang tidak diundang dari mengundi. Then bolehlah ditunjukkan pada orang ramai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: