• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Rakyat terabai kerana majoriti Umno di Parlimen

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) – Krisis ekonomi yang melanda Malaysia berpunca daripada rasuah melampau yang diamalkan oleh Umno dan kroni-kroninya malah ianya diperhebatkan lagi dengan birokrasi dan ketidakcekapan yang amat membebankan kelancaran operasi kerajaan.

Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa KeADILan bukan sekadar mengkritik tetapi bersedia menggantikan tampuk kuasa Umno yang jelas telah ‘menekan’ dan membebankan hidup rakyat bahkan sedia menerajui perubahan jika diberikan mandat untuk mentadbir.

“Dengan adanya pakar-pakar yang terbilang dari pelbagai latar belakang dan kumpulan etnik, keputusan yang diambil dan cadangan yang diketengahkan pasti dapat memuaskan segenap rakyat, seperti Agenda Ekonomi Baru yang diperkenalkan KeADILan,”kata Anwar yang dipetik daripada Suara Keadilan online.

Dalam pada itu Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah berpendapat bahawa Umno semakin angkuh dan serius disebabkan oleh majoriti terlalu besar yang dipegang parti itu dalam kerusi Parlimen.

“Dengan majoriti yang amat selesa iaitu menguasai 90% kerusi di Dewan Rakyat penggal lalu,politikus-politikus Umno tidak lagi mengambil berat tentang nasib rakyat.

“Lebih-lebih lagi apabila mereka meraih keuntungan besar daripada projek-projek kerajaan, sedangkan rakyat ditenggelami pelbagai masalah termasuk inflasi, pengangguran, kadar jenayah tinggi dan sebagainya yang semuanya disebabkan oleh salah urus pemerintah,” kata Sivarasa.

Kedua-dua mereka, Anwar dan Sivarasa menyampaikan nasihat dan saranan itu di Forum “Masa Depan Politik Pelbagai Kaum di Malaysia” yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 18 Februari menyaksikan kehadiran lebih 800 orang audien, dengan penyertaan yang menakjubkan daripada komuniti Tionghoa dan India, termasuk saksi kes pita Linggam, Loh Mui Fah dan anaknya Loh Gwo Burne. – mks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: