• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Takutkan ‘silent protest’ di Rembau, Khairy mungkin ke Putrajaya?

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) – Tinggal tiga hari sahaja lagi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 akan berjalan, seluruh negara tertumpu kepada tarikh 24 Februari 2008 untuk mengetahui siapa lawan siapa di beberapa tempat hangat terutamanya di Semenanjung.

Antara tempat tumpuan, Parlimen Rembau, Putrajaya, Jeli, Kota Bharu, Pasir Mas, Padang Besar, Arau, Singai Siput, Kepala Batas, Marang, Kuala Terengganu, Shah Alam dan Gombak.

Namun sebelum ini banyak mata tertumpu kepada laporan di mana menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin akan bertanding.Seawal gendang pilihan raya berbunyi ketika parlimen dibubarkan, Khairy diuar-uarkan akan bertanding di Parlimen Rembau.

Namun sumber Harakahdaily yang ditemui penulis hari ini berkata, Khairy mungkin akan bertanding di Parlimen Putrajaya.Sumber berkata, Khairy bimbang bertanding di Rembau berikutan adanya arus di kalangan rakyat menentang calon ‘mee segera’ itu.

Antara lain Khairy juga katanya bimbang dengan arus penentangan yang mungkin akan datang dari kelompok pro bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Rembau.

Ada desas-desus yang menyatakan akan adanya ‘silent protest’ jika Khairy nekad bertanding di Rembau.Kata sumber, walaupun Khairy adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau, namun menantu Perdana Menteri itu tidak pernah menjenguk bahagiannya.

Malah kini menantu Perdana Menteri yang pernah menggelarkan pendemonstran sebagai ‘beruk-beruk di jalan raya’ itu giat berkempen di Kelantan.

Di Rembau, calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Badrul Hisham Shaharin sejak dari awal lagi telah melaungkan kempen menyekat Khairy di Parlimen Rembau dengan hasrat menidakkan ‘Dinasti PM’.

Hingga kini Badrul Hisham meneruskan lagi kempennya di sana dengan harapan bertembung dengan Khairy bagi mengajar keceluparan menantu PM itu.

Begitupun, semuanya akan terjawab pada 24 Februari ini memandangkan seluruh mata akan tertumpu kepada proses penamaan calon. – mks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: