• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

BN akui bimbang dengan pembangkang

Oleh Abdul Halim Mohd Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) – Barisan Nasional (BN) ternyata bimbang dengan kesungguhan pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini. Menurut bekas Ketua Pengarang NSTP, Datuk A Kadir Jasin, ketika beliau berada di Pahang semalam, “orang BN, yang saya bercakap dengan mereka, bimbang”.

Menurut beliau, hakikat bahawa Barisan Nasional (BN) menghadapi pertandingan satu lawan satu hampir di semua kerusi menunjukkan pembangkang bukanlah “syok-syok” sahaja seperi yang digambarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya fikir pembangkang serius,” katanya sambil mengingatkan BN supaya melihat pakatan pembangkang bukan hanya sekadar “syok-syok” sahaja.

Semalam, Perdana Menteri menyifatkan pakatan di antara parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum ini hanya berupa “syok-syok” sahaja.

“Pakatan parti pembangkang yang dibentuk untuk menentang Barisan Nasional (BN) semasa musim pilihan raya kali ini hanya berupa pakatan “syok-syok” sahaja,” Perdana Menteri dipetik sebagai berkata.

Kadir juga menyentuh laporan Bernama yang mendakwa BN “bermula dengan cemerlang”.

“Apa yang tidak dilakukan oleh Bernama ialah membandingkan (hari penamaan calon kali ini) dengan hari penamaan calon (pilihan raya umum) 2004 di mana BN memenangi 17 kerusi parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Bernama mendakwa, BN melakar kejayaan awal apabila gabungan parti pemerintah itu memenangi tujuh kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN tanpa bertanding apabila penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum 8 Mac ini ditutup semalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: