• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Mungkin Orang Cina Pandai Berpolitik

Oleh Ibrahim Ibrahim

Apakah ada perbezaan cara orang-orang Melayu berpolitik berbanding dengan orang-orang Cina? Jika kita teliti sejarah dan ‘pattern’rang-orang Cina mengundi kita dapat membuat sedikit rumusan tentang cara mereka mengguna pilihanraya umum demi untuk kepentingan bangsa mereka. Kita akan dapat lihat seolah-olah ada sesuatu permainan yang bijak dalam memilih calon/parti yang bertanding.

Antara pengamatan IB ialah, orang Cina bijak memainkan isu. Mereka tahu agenda apa yang perlu mereka ketengahkan setiap kali tiba pilihanraya. Mereka tidak membuta tuli menyokong MCA/Gerakan atau DAP.

Secara umum, kita dapat lihat perbezaan undi yang dipangkah semasa PRU11 dengan PRU10. Dan begitu pula dengan PRU12 kali ini, ramai yang menjangkakan orang-orang Cina akan memberi undi mereka kepada DAP untuk DUN di Pulau Pinang tetapi tetap mahukan suara mereka didengari melalui MCA/Gerakan di Parlimen.

Orang Cina bijak mengaturkan desakan setiap kali tiba pilihanraya. Mereka mengundi untuk mencapai agenda mereka. Setiap kali sebelum tiba PRU, mereka akan menghantar pelbagai tuntutan dan rungutan. Kerap kali pemimpin mereka dalam BN akan cuba menyambut dengan memberi tekanan dalam BN. Akhirnya, para pemimpin Melayu dalam BN akur dengan tuntuan orang-orang Cina. Tidak perlu IB panjangkan dengan pelbagai contoh kerana ianya amat ketara di akhir-akhir ini.

Sebagai satu contoh kecil – apakah berani orang-orang Melayu yang memimpin BN baik di KL mahupun di Melaka mengambil tindakan yang wajar lagi jelas dalam hal ladang babi yang kini telah senyap sepi? Tarikh akhir diberi beberapa kali, FRU pun dah dikerah. Apa jadi akhirnya? Anak-anak babi yang melebihi bilangannya dulu kini sudah bercicit dan berganda bilangannya. Hanya kerana selepas para pemimpin Cina mengambil serius rungutan para penternak babi, Najib terus mengalah dan mengarah FRU berundur. Langsung tidak berani lagi timbul isu itu kerana takut PRU sudah makin hampir ketika itu.

NGO-NGO Cina pandai memainkan peranan mereka. Malah NGO-NGO Cina nampak lebih digeruni oleh parti-parti yang didokongi orang Cina. Malah, isu-isu yang diketengahkan NGO mereka disambut oleh parti Cina pembangkang mahupun yang bersama Kerajaan. Maka tertekanlah para pemimpin Melayu yang gah kononnya memperjuangkan bangsa Melayu tetapi kerdil apabila digertak NGO-NGO Cina.

Sekian,

Ibrahim Baba
24 Februari 2008

5 Respons

  1. begitulah hakikatnya…harap janagn asyik tertidur jer…

  2. Orang Melayu politik air liur saja.

  3. satu sahaja aku minta supaya orang melayu lebih tegas dalam setiap isu..

  4. pemimpin melayu lebih takutkan bayang2 sendiri…

  5. Kita orang melayu jangan sesekali fikir orang cina tak
    tahu berpolitik. Cuma dia orang tak membazirkan masa seperti orang melayu berpolitik. dan kita melayu suka menunjuk nunjuk dan mengadagada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: