• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

PAS bingung SPR mansuh duti setem

Oleh Muda Mohd Noor

kemaskini 11pm Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memansuhkan pada saat-saat akhir bayaran duti setem ke atas calon-calon dalam pilihanraya umum kali ini.

Beliau mendakwa tindakan SPR tersebut, yang baru diperkenalkan tiga hari lalu, bertujuan menyelamatkan calon-calon Umno kerana krisis yang berlaku dalam parti tersebut.

SPR mengeluarkan arahan mengenakan bayaran duti setem untuk akuan bersumpah yang dilampirkan bersama kertas pencalonan pada 21 Februari.

Abdul Hadi, yang juga calon PAS di parlimen Marang, berkata semalam SPR telah memansuhkan bayaran tersebut tanpa memaklumkan kepada calon-calon PAS.

“SPR berbuat demikian untuk membantu calon BN khususnya Umno Terengganu yang menghadapi masalah pemilihan calon,” katanya.

“Kami (PAS) hanya mendapat tahu pemansuhan bayaran tersebut (diputuskan oleh SPR) kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya, dalam sidang media selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Marang hari ini.

“Kita hanya dengar pegawai (SPR) berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi.”

Turut hadir di sidang media tersebut, pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin parti itu.

‘SPR alat Umno’

Abdul Hadi berkata sekarang sudah jelas bahawa SPR menjadi alat kepada Umno untuk berpihak kepada parti tersebut.

Katanya lagi, PAS akan berbincang untuk membantah arahan SPR itu.

Ditanya tentang peluang beliau merampas kembali Marang, Abdul Hadi berkata, ramalan boleh dibuat dalam beberapa hari lagi.

Tambahnya, jumlah undi pos di kawasan parlimen itu pada pilihanraya kali ini meningkat kepada 2,000 orang berbanding 500 orang sahaja pada pilihanraya yang lalu.

“Saya mahu menang bukan kerana undi pos,” katanya.

Abdul Hadi tewas di tangan Datuk Abdul Rahman Bakar dengan majoriti tipis, 163 undi.

Mustafa juga mempersoalkan alasan tindakan SPR untuk membatalkan pembayaran duti setem di saat-saat akhir.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali, yang bertanding di kerusi Titiwangsa, juga terkejut apabila dimaklumkan oleh kakitangan SPR bahawa peraturan duti setem dimansuhkan.

Menurut laporan Harakahdaily hari ini, beliau hanya dimaklumkan perkara itu sewaktu membantah calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Mohd. Tahir di dewan penamaan calon pagi tadi.

Awal malam ini, laman web rasmi akhbar PAS itu melaporkan parti itu bercadang mengenakan tindakan undang-undang terhadap SPR, yang didakwa memansuhkan duti setem itu setelah calon-calon BN sendiri gagal berbuat demikian ketika penamaan calon pagi tadi.

Mahu saman SPR

Timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Wan Muttalib Embong dilaporkan berkata SPR “ada niat buruk terhadap pembangkang.”

Walaupun pada awalnya SPR mewajibkan duti setem, Wan Muttalib dipetik sebagai berkata, “sebaliknya apabila berlaku insiden di Marang di mana kesemua lima calon BN mengemukakan borang tidak berduti setem, dan apabila bantahan dibuat, tiba-tiba SPR mengeluarkan surat yang didakwa bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan itu yang dikeluarkan pada 21 Februari.”

Beliau mempersoalkan alasan suruhanjaya itu bahawa “surat bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan 21 Februari.”

“Bagaimana (keadaan) ini boleh berlaku? Kita tahu di Kuala Lumpur (23 Feb) cuti hujung minggu,” katanya seperti dilapor.

Selain Dr Ahmad Ramzi, calon-calon BN di kerusi negeri adalah Razali Idris (Rhu Rendang), Alias Abdullah (Alur Limbat), Zaidi Muda (Bukit Payung) dan Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan).

Satu Respons

  1. klu dh dia nk tpu, tpu lh jgk. jgn igt org lain bdh. nkth.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: