• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Pelbagai Bantahan Tapi Tiada Dipedulikan SPR

Oleh malaysiakini

Pelbagai bantahan dikemukakan terhadap pencalonan beberapa calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bantahan itu antaranya dikemukakan oleh calon PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali di parlimen Titiwangsa terhadap pencalonan Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir kerana mengesyaki akuan bersumpah Aziz tidak mempunyai duti setem.

Menurut pihak Dr Lo’ Lo’, Aziz juga melanggarkan undang-undang pilihanraya kerana membayar deposit dengan menggunakan cek peribadi.

Kekecohan berlaku apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) – yang diketuai oleh pegawai pengurus pilihanraya di situ, Che Yahya Che Soh – tidak membenarkan pihak PAS membuat semakan ke atas borang pencalonan Aziz berhubung bantahan tersebut.

Che Yahya berhujah, butiran peribadi mengenai calon-calon di papan pameran sudah mencukupi sebagai asas untuk membuat bantahan.

Beliau juga berkata, telah menerima arahan dari pegawai atasannya bahawa mana-mana pihak tidak dibenarkan melihat kertas pencalonan pihak lain.

Beliau kemudiannya menolak bantahan Dr Lo’ Lo’ dan mengisytharkan Dr Lo’ Lo’ dan Aziz sebagai dua calon parlimen Titiwangsa dalam pilihanraya 8 Mac ini.

Sementara itu, satu lagi bantahan dibuat oleh PKR bagi kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan, terhadap pencalonan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PKR membantah, dengan menyebut Khairy tidak menulis perkataan ‘bin’ pada kertas pencalonannya.

Pegawai SPR berkata, bantahan tersebut ditolak atas alasan kad pengenalan Khairy tidak mempunyai perkataan ‘bin’.

Di DUN Rantau, bawah parlimen Rembau, Azhar Ibrahim dari PAS membuat bantahan terhadap penyandang Datuk Mohamad Hassan kerana meletakkan jawatan Menteri Besar dalam borang pencalonannya.

Bantahan tersebut juga ditolak tetapi alasannya tidak dinyatakan.
Perniagaan dan berniaga

Lagi di Negeri Sembilan, bagi kerusi-kerusi DUN Kota dan Chembong, bantahan turut dibuat oleh PAS terhadap penamaan dua calon BN. Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan alasan bantahan dibuat di Kota.

Di Chembong pula, bantahan dibuat atas dakwaan calon BN Zaiful Bahri Idris tidak menyatakan pekerjaannya sebagai ahli perniagaan. Sebaliknya, PAS mendakwa, Zaiful Bahri telah tersilap menulis ‘berniaga’. Bantahan itu bagaimanapun ditolak.

Di Perak, dua bantahan difailkan terhadap pencalonan Datuk Seri S. Samy Vellu di parlimen Sungai Siput kerana beliau menulis pekerjaannya sebagai ‘menteri’.

Bantahan itu dibuat atas alasan, ekoran pembubaran parlimen pada 13 Februari lalu, Samy Vellu hanya menganggotai kerajaan sementara dan bukan lagi seorang menteri.

Bantahan itu dibuat oleh seorang wakil DAP serta sebagai wakil berdaftar bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bagaimanapun, ia juga ditolak oleh pegawai pengurus pilihanraya dengan alasan Samy Vellu seorang ‘pemangku’ menteri.

Juga di Sungai Siput, bantahan turut dibuat terhadap Samy Vellu kerana terdapat perbezaan pada tarikh lahirnya yang ditulis dalam kertas pencalonan – 20 Jun – sedangkan tarikh lahirnya yang diketahui umum ialah 8 Mac.

Pegawai pengurus pilihanraya turut menolak bantahan tersebut atas alasan tidak ada perbezaan antara tarikh lahir Samy Vellu pada kad pengenalannya dengan yang ditulis pada borang pencalonan.

Di Batu Gajah, DAP membuat bantahan terhadap calon BN, Cheah Yoke Chan, selepas terdapat perbezaan pada ejaan nama penyokong keduanya seperti yang terdapat pada kad pengenalannya yang ditulis dalam borang pencalonan.

Bantahan tersebut ditolak tetapi sebab-sebabnya tidak diketahui.

Di Kuala Kangsar, satu bantahan dibuat terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz selepas didapati beliau hanya menandatangani borang pencalonan asal, sedangkan salinan borang pencalonan tidak ditandatangani.

Pegawai pengurus pilihanraya menolak bantahan tersebut atas alasan terdapat tandatangan Rafidah pada borang pencalonan asal.

PAS berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam mengenai perkara tersebut

Satu Respons

  1. Bongok tol la menteri2 BN ni rupanya. Isi borang pun tak reti. Haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: