• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Ceramah PAS Kampung Baru diganggu polis dan SPR

Oleh Tarmizi Mohd Jam

KL: Malam tadi kempen memperkenalkan calon Parlimen Titiwangsa, bermula. Ia diadakan di Markaz PAS Kg. Baru, di tengah-tengah kampung tradisional calon BN, Aziz Jamaluddin.

Malam tadi juga, kami terkejut apabila polis dan pasukan pemantau SPR menghentikan ceramah kononnya tiada permit. Walhal, ceramah diadakan dalam premis PAS tetapi mereka berkeras agar ceramah itu ditamatkan.

Betul kata Mohd Sabu, pilihan raya kali ini nampaknya makin teruk dan teruk. Demokrasi kian pincang dan hodoh..

Di luar markaz, saya difahamkan ramai kalangan penyokong BN tidak mengetahui apa yang terjadi dalam Pusat Penamaan Calon, pada pagi tadi.

Dalam ceramah saya, selepas Dr. Lo’ Lo’ Ghazali berucap, turut mendedahkan tiga bantahan yang dikemukankan PAS terhadap calon BN.

Pasal penggunaan title “Datuk”, tiada duti setem dan bayaran deposit gunakan cek.

Sebenarnya, kami tidak perlu mengutip permit polis pada malam itu kerana ceramah dibuat dalam premis sendiri. Dalam kawasan berpagar.

Tetapi pihak keselamatan dan pemantau SPR, lebih mahu menunjukkan kuasa dari membetulkan keadaan.

Mantan Ketua Penerangan Umno Wilayah, Cikgu Nordin MH Noor hanya sempat mengucapkan “Assalam’mualikum” kemudian bahunya dicuit anggota polis memintanya tidak meneruskan ucapan.

Calon PAS Dr, Lo’ Lo’, kemudiannya saya (Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah), Ustaz Raihan (Pengerusi Kempen PAS Titiwangsa) dan Cikgu Ishak Surin (Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah)sempat berceramah sebelum mereka tiba.

Saya difahamkan ada komplin dari Bilik Gerakan BN yang betul-betul bersebelahan Markaz PAS Kg. Baru itu.

Ada yang melaporkan, petugas BN begitu keluh-kesah apabila cerita bantahan PAS terhadap calon BN dimainkan oleh saya dan beberapa jawapan konkrit dari Ustaz Raihan, memukau hadirin.

Ini satu lagi jenis dan bentuk demokrasi ala anak Badawi yang sarat di negara ini. SPR satu hal. Pihak polis sudah jadi dua hal. Yang terjerat dan terjerut ialah PAS.

Betul kata Mohd Sabu, pilihan raya kali ini nampaknya makin teruk dan teruk. Demokrasi kian pincang dan hodoh…

2 Respons

  1. Hehe. Dah namanya demokrasi. DEMO KERAS I. Hehe.

  2. sebab apa bila calon keadilan tiada duti setem, bantahan diterima dan kemenangan percuma kepada calon BN????? please dr. Lo’ Lo’ isukan perkara nih….. please…. tak puas hati nih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: