• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Dr Lo’ Lo’ Boleh Menang Tanpa Bertanding Jika SPR Terima Bantahan?

Oleh Tarmizi Mohd Jam


Jika bantahan kedua dan ketiga diambil kira, pastinya Dr. Lo’ Lo’ Ghazali sudah bergelar YB menang tanpa bertanding.

CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali menyifatkan SPR sebagai “pelawak” apabila tiga bantahan yang dikemukakan ditolak mentah-mentah oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon.

Menurut Dr. Lo’ Lo’ yang menyampaikan ceramah sejurus keluar dari Pusat Penamaan Calon kira-kira jam 11.15 pagi, tiga bantahan dikemuakan ke atas calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir.

Bantahan pertama apabila pada Borang Pencalonannya menggunakan gelaran “Datuk” Aziz Jamaluddin Md. Tahir sedang ia tidak sama dengan nama di dalam kad pengenalan.

Namun ia ditolak atas alasan, asalkan namanya ada. Soal ada title apapun tak apa. Dibenarkan!

Bantahan kedua boleh dianggap serius apabila calon BN itu tidak melengkapkan borang dengan duti setem (peraturan baru yang diperkenalkan secara mengejut oleh SPR).

Pegawai yang bertugas, enggan menerima bantahan itu kerana katanya, peraturan itu tidak jelas dan mereka mengambil sikap menerima pencalonan Aziz Jamalauddin.

Paling menyedihkan apabila bantahan ketiga juga ditolak mentah-mentah pegawai yang bertugas. Dr. Lo’ Lo’ difahamkan pada peringkat awal, calon BN menyerahkan sekeping cek untuk pembayaran deposit calon kerusi parlimen dan apabila dipersoal ianya menyalahi peraturan (cek tidak boleh digunapakai) , pegawai bertugas menjelaskan ianya bukan cek tetapi bank draf.

Apabila pihak PAS memohon untuk melihat cek atau bank draf berkenaan, pegawai bertugas enggan berbuat demikian.

Ini menambahkan lagi, kepercayaan PAS bahawa SPR dan kuncu-kuncunya sentiasa tidak berpihak kepada undang-undang sebaliknya terus memenangkan pihak BN, kecuali dalam perkara yang amat terang tidak boleh dielak.

Para penyokong PAS yang mendengar perkhabaran Dr. Lo’ Lo’ itu terus menjerit-jerit BN sebagai “penipu!” berulang kali dan SPR sebagai “barua BN!”

Adalah dipercayai, Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat itu sebenarnya enggan memberikan kemenangan tanpa bertanding atas isu teknikal tersebut.

Dan jika hal demikian terjadi kepada calon PAS, maka sudah pasti kertas pencalonannya ditolak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: