• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Peguam Wanita Bukan Islam Calon PAS di Tiram

Oleh IndianMalaysianOnline
Terjemahan GB

Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Mahfodz Mohamed (kiri) besama Kumutha Raman, wanita bukan-Islam pertama yang dicalonkan oleh Parti yang akan bertanding di DUN Ulu Tiram. Di kanannya ialah abangnya R. Logeswaran.

JOHOR BARU: Kumutha Raman kelihatan agak gementar didekati wartawan, bersama komputer riba dan perakam suara, berasak untuk satu sesi wawancara dengannya.

Lulusan undang-undang berusia 29 tahun itu baru saja dinamakan sebagai calon bukan Islam pertama Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum pada 8 Mac ini.

Cik Kumutha akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, di Johor.

Apabila ditanya sama ada beliau berasa kekok menjadi sorang calon PAS, Cik Kumutha menyatakan:

‘Saya tahu saya tidak akan rasa terasing kerana saya percaya para pengundi sekarang lebih bersikap terbuka. Saya juga tahu orang Islam dan bukan Islam boleh menerima saya,’ katanya.

Cik Kumutha ialah seorang anggota Biro Perpaduan Kelab Penyokong PAS di Johor, yang dianggotai anggota bukan Islam.

‘Saya menyertai kelab ini kerana saya lihat PAS tidak radikal. Bagi saya, semua bangsa, tanpa mengira Melayu, Cina atau India, semuanya sama,’ kata Cik Kumutha.

Pengumuman mengenai pencalonan Cik Kumutha sebagai calon PAS dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed, yang menegaskan langkah itu menunjukkan sikap PAS yang mengamalkan toleransi kaum.

Dalam pilihan raya 2004, calon BN di Tiram, Encik Maulizan Bujang, menewaskan calon PAS, Encik Roslani Sharif, dengan kelebihan 15,595 undi.

Langkah PAS mengetengahkan Cik Kumutha sebagai calonnya, bagaimanapun, menimbulkan kritikan sesetengah pihak.

Ketua divisyen Kongres India Malaysia (MIC), Encik M Soorianarayanan, berkata:

‘Apa yang PAS lakukan? Mereka akan memalukan wanita ini dan menghancurkan masa depannya dalam politik. Masyarakat India akan membencinya kerana menyertai pembangkang.’

Satu Respons

  1. Mr Sooriya sendiri akan berasa malu kerana bos dia tidak membuat sebarang perubahan drastik dalam pencalonan untuk kerusi.

    Dan malu lagi kerana digantikan oleh calon wanita, kerana mungkin Suria tidak berupaya untuk menang.

    Masyarakat India menyokong PAS lebih dari BN hari inikerana mereka rasa UMNO sebagai parti yang mewakili Melayu merosakkan orang Melayu sendiri.

    Adalah lebih baik jika orang Melayu sebagai kaum induk di Malaysia menyokong sebuah parti yang berupaya membetulkan keadaan sosio politik Malaysia yang kucar kacir sekarang.

    Kaum India sebagai minority akan sentiasa berada di samping kumpulan majoriti yang saling menghormati dan tidak mengapi-apikan sentimen perkauman dengan sewenang-wenangnya. pAS walaupun mempunyai idealisme Islamik tetapi masih nampak logik,relevan dan konsisten. Oleh itu adalah lebih baik untuk berurusan dengan mereka.

    UMNO mempunyai sikap talam dua muka, sukar untuk diramal, ini bukan sahaja menyukarkan tetapi mungkin berbahaya kerana apa apa boleh berlaku bila bila masa. Tindakan dilakukan suka suka tanpa arah tujuan atau pegangan. Parti komponen lain pula berjoget mengikur rentak mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: