• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Manifesto PKR Selari dengan Pas

KUALA LUMPUR 26 Feb (Utusan Malaysia) – Manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilancarkan oleh Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini dilihat selaras dan selari dengan manifesto Pas.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, manifesto PKR yang menjanjikan untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 sebulan dan pembayaran balik pinjaman perumahan sehingga tempoh 60 tahun turut menepati skop dan fokus manifesto Pas.

Menurutnya, manifesto PKR itu juga cenderung ke arah hasrat Pas untuk menubuhkan sebuah kerajaan beramanah, adil dan negara kebajikan.

”Ternyata skop dan fokus manifesto Pas dan PKR menjurus ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang meletakkan kepentingan ke atas nasib dan kebajikan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengulas pelancaran Manifesto PKR di sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi manifesto tersebut, sudah tiba masanya rakyat sedar akan hasrat Pas dan PKR untuk mengubah nasib dan kebajikan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat boleh menjalani kehidupan yang lebih sejahtera jika negara berteraskan keadilan dan kesaksamaan untuk semua diwujudkan. Abdul Hadi menambah, Pas dan PKR sebenarnya telah sama-sama bersetuju dengan gaji minimum yang disebut oleh PKR.

”Dalam manifesto Pas, kita tidak menyebut angka untuk gaji minimum tetapi PKR menyebutnya dengan terang lagi jelas,” katanya.

Satu Respons

  1. Di dalam buku-buku pengurusan kompromi merupakan tahap paling rendah di dalam rundingan menang-menang ( win -win situation). Kompromi adalah perjanjian sementara kerana kehendak utama kedua-dua parti tidak dapar dicari penyelesaian dalam masa jangka pendek.

    Di dalam BN pula tiada tempat untuk win-win, parti komponen parti terpaksa menggadaikan pegangan parti masing masing untuk menjayakan parti induk.

    Saya rasa adalah normal jika PAS tidak dapat berkompromi dengan DAP. Mungkin suatu hari nanti suatu keadaan “win win ” mungkin didapat dicari. Buat masa ini “no deal is good deal”.

    Keadaan ini lebih baik daripada membuat perjanjian olok-olok untuk mengaburi mata rakyat, ini merujuk kepada syarat kontrak sosial berat sebelah yang diamalkan oleh parti parti komponen BN selama ini.

    Kompromi seperti ini mengekang kebebasan parti yang mewakili rakyat dari pelbagai lapisan dan kehendak dan seterusnya terjadilah rasa tidak puas hati yang bertukar kepada demonstrasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: