• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

SUKAKAH anda dengan hantu2 ini?

JOM Kita semak laman ini

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

cuba semak ini. dua pendaftaran untuk orang yang sama

bandingkan: T715511 with  A0624038 dalam daftar pemilih, nama yang sama, tapi satu undi pos, satu undi biasa

bandingkan: T719756 with A3170255

Pattern no. IC yang seiras…
Perhatikan susunannya 0015, 0079, 0023, 0057…
Suratan atau kebetulan?

Tunggu kemunculan pengundi-pengundi ”ISTIMEWA” ini 8 Mac 2008 nnt.
951114750015
950531710079
940407750023
941121750057
semak ic ini di sini: http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

dan lagi…
801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 890211050014

17 Respons

  1. Terima kasih kepada dunia internet; bak kata

    You can run but you can never hide!

  2. my dear friends

    by the way..
    are there any means to stop this disorder? i mean how to stop the ghost from voting more than one

  3. Hehe. Betul tu. Nampak kerajaan kena upah manusia2 lagi hebat untuk penipuan seterusnya. Kekeke.

  4. Apa PAS nak buat? Tak usulkan pada rakyat lain? Tak gunakan bukti ini untuk diutarakan pada SPR? Baik buat sebelum terlambat..

  5. Yelah macam tak caya je, sebetulnya saya tak caya sangat tapi setelah try kesemua no i/c tu, terkejut jugak saya orang yang 100 tahun dulu pun masih “LAYAK” mengundi, pelik betul, SPR ni memang pandai buat magiclah, kalau tengok no serial dia 1 maknanya semua roh-roh tu dtg sebelum orang (orang reallah) pertama dtg mengundilah tu………

    Pandai betul SPR ni membohong, kalau macam tu senanglah dia orang menang, menang cara kotorlah tu. Saya setuju dengan Mr. Bilik Sebelah, usaha untuk usulkan itu perlu, sebab dah ada bukti, jangan terlambat….saya tak dapatlah nak membantu sebab saya tak tahu macam mana caranye kalau saya tahu caranye, mati hidup semula saya akan bantah habis-habisan…..saya hanya dapat sokong secara maya saja….sokong dlm diam….

    Rupa-rupanya dlm rakyat ingin memastikan PILIHANRAYA yang BERSIH SPR masih lagi ego..tak kan SPR tak tahu yang diorang tu memang tak WUJUD, KE SAJA JE NAK BUAT BUAT DIAORANG WUJUD, nanti bolehlah kata KESILAPAN TEKNIKAL YANG TAK DISENGAJAKAN, tetapi memang pun disengajakan.

    Walaubagaimanapun tahniah kepada PAS dan Barisan BA yang berjaya mengesan “ORANG ISTIMEWA” ini dalam daftar pengundi. Saya harap BA akan menang kali ini….insyaalah

  6. Kita selaku penyokong perjuangan ISLAM mmg bertanggungjawab membanteras benda haram ni.
    Kalau tak boleh jugak kita serahkan kepada ALLAH TAALA utk dedahkan perkara ni. Kita harus ingat kebatilan pasti akan terdedah satu hari nanti. Sejarah telah membuktikan banyak pemimpin yg menipu akhirnya jatuh malah dicemuh rakyat yg dahulunya mentokongnya…………………..

  7. Saya tak tahu…tapi jadi buntu…sebab dengan hantu nie

    http://www.warkahuntukpm.com.my/

  8. Mac 1, 2008 in PAS, haraki, politik, wa zakkir | No comments

    Salam Kamunting,

    Jika Malaysia hari ini adalah negara Islam, bolehkah pilihan raya diadakan dengan umat Islam diberi pilihan untuk memilih antara Islam dan fahaman – fahaman selain Islam? Jawaban adalah mudah. Umat Islam tiada pilihan itu. Memilih selain Islam adalah keluar daripada Islam samada secara rasmi atau tidak.

    Jika begitu, mengapa negara Malaysia hari ini mengadakan pilihan raya dengan memberi peluang kepada umat Islam memilih antara Islam dan fahaman – fahaman selainnya yang sekular? Jawaban adalah mudah. Malaysia bukan negara Islam. Malaysia tidak terikat dengan hukum di atas. Pemerintah tidak pernah merasa bersalah melanggar hukum tersebut kerana itu hanyalah hukum untuk setiap muslim, masyarakat muslim dan negara yang muslim. Adapun Malaysia, hukum itu tidak mengikat kerana Malaysia bukanlah negara Islam.

    Islam adalah pilihan Allah yang satu. Maka setiap muslim terbatas pada pilihan Tuhannya itu. Dia tidak boleh memilih lagi selain Islam. Memilih selainnya adalah mengingkari, menderhaka dan melawan pilihan dan kehendak Allah. Maka dia telah keluar daripada Islam. Samada disahkan atau tidak, di sisi Allah dia telah murtad daripada Islam.

    Ini adalah jelas dan muhkam dalam kenyataan al Quran, al Hadis dan kitab – kitab para ulama yang muktabar. Ia adalah ijma’ seluruh umat Islam.

    Pilihan raya untuk memilih Islam atau selainnya dalam masyarakat Islam adalah tertolak dan salah. Ia ganjil bahkan mengarut. Justeru ia langsung mengesahkan Malaysia hari ini bukan negara Islam. Ia hanyalah negara umat Islam yang diperintah oleh pemimpin umat Islam yang sakit akhlak di zahirnya dan sakit akidah di batinnya. Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpinnya yang sakit akan turut sakit. Sakit akhlak an sakit akidah. Sakit akidah membawa kepada murtad yang ditakuti.

    Allah menamakannya Islam, sedang mereka menamakannya Islam Hadhari.

    Allah menyuruh kepada Islam dan al Quran, sedang mereka menyuruh kepada sekular dan barat.

    Allah memuliakan ulama, sedang mereka pula memerangi para ulama.

    Mereka pula mahu merawat Kelantan, sedang yang sakit adalah mereka sendiri.

    Mereka menawarkan Dato Awang Adek untuk Islam di Kelantan, sedang Kelantan sudah pun dipimpin seorang Tuan Guru untuk Islam di Kelantan.

    Tidakkah ini terbalik?

    Justeru pilihan raya di negara kita untuk umat Islam bukanlah pilihan untuk memilih yang mana satu. Ia buka pilihan, bahkan penegasan untuk menerima dan menonjolkan Islam di mata umat yang sedan sakit.

    Oleh kerana hanya PAS yang menawarkan Islam untuk umat dan negara, maka ia adalah pilihan raya untuk mengundi PAS demi menegaskan keyakinan dan penerimaan kita kepada Islam dan penolakan kita terhadap sistem jahiliyah yang ada di bumi Malaysia. Pilihan selepas itu adalah sekular yang ditolak Islam. UMNO sekular dan pemerintah hari ini adalah sekular dasar mereka.

    Kita diminta untuk memilih dalam pilihan raya ini antara Islam dan sekular. Tidakkah ini keceluparan terhadap Allah dan penghinaan terhadap RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam?

    Sebab itu mengundi PAS adalah wajib. Hanya PAS yang berani memerangi kebodohan ini secara langsung dan berdepan.

    Kenali PAS cintai PAS sokong PAS undi PAS.

    tahniah buat yb kak ubai
    Februari 25, 2008 in PAS, istizkariyyah, politik | 4 comments

    Salam Kamunting,

    Ceramah memperkenalkan calon semalam bertukar kepada ceramah memperkenalkan wakil rakyat baru bagi DUN Kijang. Saya merasa teruja kerana diberi peluang untuk turut bersama YB Wan Ubaidah binti Omar, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan dan calon Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Hj Abdul Halim bin Abdul Rahman berceramah dan menyatakan rasa syukur kepada Tuhan yang memberi kemenangan mudah kepada pejuangNya di dalam pilihan raya kali ini.

    YB Kak Ubai yang mewakili parti Islam PAS telah menang tanpa bertanding setelah ‘kad merah’ dilayangkan ke atas calon daripada BN sebelum pertarungan berlangsung lagi semasa hari penamaan calon semalam. ( Untuk keterangan lanjut dan gambar – gambar, sila ke blog rakan saya, peguam Nik Bahrom Nik Abdullah ( di sini ) yang terlibat secara langsung mengemukakan bantahan semalam dan blog pemuda Pengkalan Chepa kendalian Saudara Ruzely Abdullah ( di sini ) yang turut bersama pada hari bersejarah itu.

    Selepas menyatakan rasa syukur kepada Allah, saya memilih untuk berkongsi rasa gembira bersama hadirin yang di dominasi golongan muslimat dengan menyatakan bagaimana Allah dengan hikmat dan kasih sayangNya telah menukar angin rahmatNya kembali bertiup ke DUN Kijang, DUN paling hijau di Malaysia ( DUN Chempaka yang diwakili ayahanda Dato Tuan Guru terganggu kekuatannya dengan undi pos kem tentera ) dengan sokongan padu masyarakatnya terhadap PAS selepas menghiburkan pejuang Islam di Johor, negeri paling biru di Malaysia dengan sokongan padu rakyatny kepada UMNO dengan kemenangan tanpa bertanding calon PAS di DUN Senggaram pada pilihan raya umum tahun 2004.

    Menurut Dato Hj Abdul Halim Abdul Rahman, kemenangan tanpa bertanding kali ini adalah rekod kepada PAS Kelantan. Sebelum ini PAS Kelantan pernah mencatat rekod hebat dengan kemenangan PAS di DUN Meranti ( kini diwakili YB Ustaz Hj Nassurudin Hj Daud ) yang mengalahkan UMNO dengan hilang wang pertaruhan ( deposit ).

    Jikalah tidak kerana peranan SPR yang ‘berakhlak tinggi’ menggunakan budi bicara menatang UMNO pada hari penamaan calon semalam, takbir penyokong PAS di perkarangan pusat penamaan calon semalam pasti bergema lebih gagah dan tuntas lagi dengan kemenangan tanpa bertanding oleh ayahanda YAB Tuan Guru di DUN Chempaka. SPR semalam bagai malaikat yang menyambut selamat bayi kecil yang terjatuh dari buaiannya.

    Nampaknya, jika kaedah SPR dipakai guna, tanda tangan tidaklah penting dan muktamad lagi dalam segala urusan di Malaysia. Jika urusan memerintah negara pun tak perlukannya, apatahlah lagi urusan lain yang lebih kecil.

    Ia seperti kata Presiden PKR, Datin Sri Hajjah Wan Azizah bahawa beliau tidak takutkan Ustaz Firdaus, tetapi beliau lebih takutkan SPR!

    Saya kemudian memanjangkan ucapan dengan turut melahirkan keyakinan bahawa kemenangan mudah ini akan memberi nafas dan kekuatan kepada PAS untuk mematikan serangan jahat UMNO yang terus menerus mendakwa PAS meminggirkan wanita serta sumbangan dan peranannya di dalam politik dan pembangunan negara. Saya cuba meringkaskan jawaban bagaimana wanita Islam turut berperanan besar sebagaimana begitulah pengajaran yang dianjurkan Islam bahawa kebangunan umat Islam hendaklah dengan kerja sama antara lelaki dan perempuan.

    Hari ini serangan oleh UMNO menggunakan isu wanita tidak lagi setajam dan sehebat serangan mereka 10 tahun yang lampau. Kejayaan PAS diharap membuka lembaran ke arah meyakinkan umat dengan kekuatan Islam untuk menerajui Malaysia. UMNO terus memburuk dengan kejahatannya terhadap Islam dan Tuhan mereka sendiri.

    Di akhir ucapan, saya menyeru para hadirin yang merupakan para pengundi di DUN Kijang agar menjadikan kemenangan ini sebagai inspirasi untuk terus berjuang dan berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini demi kemenangan Islam di Kelantan. Ia sama sekali tidak boleh menjadi sebab untuk rehat dan alpa di tengah – tengah medan yang tengah memuncak. 24 jam hidup adalah untuk menumbangkan UMNO dan pemikiran jahatnya yang meracuni akidah umat Islam di negara tercinta.

    Kemenangan ini adalah kemenangan moral yang menaikkan semangat pejuang Islam seluruh negara, khususnya Kelantan sendiri. BN Kelantan, seperti kata Cikgu Azmi Mohd Nor, Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa telah mengalami kelukaan akibat kekalahan memalukan ini. BN mungkin bangkit bagai harimau luka. Ia boleh mengganas dan apabila UMNO mengganas, jangan diharap neraka, bala dan dosa boleh menyekat mereka.

    Selamat berjuang di medan jihad pilihan raya. Mengundi PAS adalah wajib. Tidak mengundi adalah dosa. Mengundi UMNO lagi – lagilah.

    Semoga Allah membuka hati seluruh umat Islam untuk memahami PAS dan perjuangannya. PAS adalah untuk Islam dan umatnya selama mana ia berjuang untuk Islam.

    kukuhkan jentera
    Februari 22, 2008 in PAS, haraki, istizkariyyah, politik, tarbiyyah | 4 comments

    Salam Kamunting,

    Pilihan raya umum ke 12 kian menghampiri dengan seluruh kekuatan tertumpu kepada hari penamaan calon. Bahangnya semakin panas dengan berita – berita politik yang sentiasa hangat dan merimaskan.

    Seluruh parti politik yang akan bertanding termasuk PAS sebenarnya tengah menempuh fasa pertama yang sentiasa sukar. Ia adalah menamakan bakal calon yang akan bertempur di medan pilihan raya. Walaupun calon bukanlah faktor utama secara umumnya, tetapi ia adalah wajah depan dan fenomena yang menjadi penentu kepada kekuatan parti seluruhnya.

    Di Kelantan, menamakan calon amatlah sukar. Bukan hanya UMNO yang hidup matinya berjuang untuk bersyurga dengan kemewahan palsu duniawi, PAS juga turut menempuh saat yang sukar dan merimaskan. Ia sukar sekali sekalipun PAS adalah sebuah parti politik Islam dan juga sebuah gerakan Islam.

    Politik sentiasa sukar dan memeritkan. Ia bertambah sukar apabila ia semakin memuncak. Sukarnya politik di luar, sukar lagilah politik di dalam. Menangani syaitan dan nafsu di dalam adalah lebih sukar daripada menangani musuh kuffar di luar walaupun ia pecah dan memuncak di luar.

    Itulah yang Allah tunjukkan untuk umat ini dengan memulakan percakaran dalaman bermula di zaman Khalifah ‘Uthman ibn Affan, kemudian Ali dan seterusnya di zaman Muawiyah radhiaLlahu anhum. Daripada merekalah kita mengambil iktibar da petunjuk. Ucapan mereka, pendirian mereka dan tindak tanduk mereka. Merekalah yang dipilih Allah untuk menunjuki kita jalan – jalan pilihan di saat kita diuji dengan pertelingkahan dalaman sesama sendiri.

    Ia tentunya sukar sekali untuk dilepasi kecuali dengan kekuatan perjuangan dan petunjuk yang hebat. Maksud firmanNya: “Dan barang siapa yang berjuang di jalan Kami, pasti Kami tunjukinya jalan – jalan Kami.”

    ( Semasa saya belajar di India, Maulana Andzar Syah Kasymiri, pakar al Hadith di sana pernah dalam selorohnya menyebut bahawa di akhir zaman ini, usahkan dunia politik terus berpecah – belah dan bertelagah, jamaaah Tabligh yang merupakan jamaah akhirat pun berpecahan dan berbalahan juga. Beliau merujuk kepada krisis dalaman jamaah tersebut masa itu.)

    Menentukan calon dalam pilihan raya, terutamanya di Kelantan yang diperintah oleh PAS menjadi sukar atas beberapa faktor, setengahnya benar dan setengahnya sebaliknya.

    Parti terpaksa memilih yang terbaik untuk menjadi calon. Calon yang berkaliber akan menarik undi yang lebih ramai dan memikat pengundi untuk meyakini dan mempercayai manifesto yang dilancarkan demi memudahkan rakyat memahami misi perjuangan parti.

    Di sini adalah biasa berlaku pertembungan dan percanggahan yang perlu ditangani dengan sebaiknya. Ada orang yang merasakan dirinya layak lalu cuba menonjolkan dirinya. Ada yang merasakan dialah pilihan ramai lalu membesar – besarkan kelayakannya. Ada yang menghebohkan kekurangan orang lain dengan harapan namanya timbul. Ada yang melakukannya terang – terang dan ada yang berlapik – lapik. Ini adalah penyakit yang perlu diubati dan dinyahkan saja. Parti tidak mampu menghalangnya timbul di saat pilihan raya kerana di saat inilah kesucian dan kekotoran hati itu diuji.

    Tetapi selalunya pertembungan berlaku kerana kerenah para penyokong yang akan melebihkan pilihan masing – masing. Mereka kadang – kadang beriya – iya meyakinkan sesama mereka bahawa mereka lebih mengenali calon berbanding pimpinan atas. Di sini unsur sentimen, keilmuan, kebolehan, kedudukan, kekeluargaan dan sebagainya bercampur aduk.

    Pilihan adalah ijtihad. Parti tidak memiliki keupayaan memilih yang setepatnya. Jika betul, lumayanlah kesannya. Jika tidak, ia tak akan buruk semuanya. Pilihan jamaah Islam dipenuhi keberkatan.

    Calon satu hal tetapi calon bukanlah segala – galanya. Ada sesuatu yang lebih penting.

    Kita namakannya jentera pilihan raya. Kekalutan dan pergeseran menentukan calon akan mudah diubati kesakitannya apabila jentera parti utuh dan bersatu. Kekalutan biasanya di peringkat atas. Jenteralah yang akan memastikan penapisan yang berkesan. Jika jentera pilihan raya yang dibentuk lemah, kekalutan tadi akan merebak ke bawah dengan cepat dan tanpa kawalan. Saat itu kesusahan pasti berlaku.

    Perpecahan dalaman adalah senjata berkesan yang akan digunakan musuh sepenuhnya.

    Saya, samalah dengan kepimpinan lain mengimpikan perpaduan jentera. Ia adalah kekuatan bagai benteng dan kubu yang kukuh dan utuh. Kita menang dengan pertolonganNya dengan sebab kesatuan yang kita bina. Musuh sentiasa mudah berpecah belah, tetapi tanpa kekuatan sendiri yang diredhaiNya, kita pasti gagal menggamit kemenangan daripadaNya.

    Politik adalah kerja utama khilafah. Politik Islam memudahkan pembinaan diri manusia sebagai hamba Tuhan. Bukankah ramai manusia dihumban ke neraka kerana pemimpin? Manusia ditipu kerana mereka menipu diri mereka sendiri. Manusia dizalimi kerana mereka menzalimi diri mereka sendiri.

    Semoga Allah menyatukan kekuatan jentera Islam seluruhnya demi kemenangan dan ridha daripadaNya. Allahu Akbar wa LiLlahil Hamd.

    nilai satu undi
    Februari 16, 2008 in PAS, haraki, politik, tazkirah, wa zakkir | 13 comments

    Salam Kamunting,

    Untuk masuk syurga Tuhan, kita hanya perlukan satu kalimah yang mengembirakanNya. Untuk dihumban ke neraka Tuhan ( ‘iyazan biLlah ), manusia cukup hanya dengan satu kalimah yang memurkakanNya. Allah, begitulah kuasa, kehendak dan mahuNya yang penuh hikmat dan haq.

    Di dalam Islam, yang kecil sangat menjadi sangat besar jika ianya besar disisiNya. Yang besar sangat – sangat boleh jadi sangat – sangat kecil jika ianya kecil disisiNya.

    Dosa kecil yang dilihat kecil dan remeh oleh manusia akan jadi besar dan berat akibatnya di sisiNya. KebengisanNya tiada diduga. Dosa besar yang dilihat besar dan ditakuti oleh manusia akan jadi kecil dan ringan saja di sisiNya. KeampunanNya tiada diduga.

    Kerana itu, walaupun ada dosa kecil dan ada dosa besar, ia mestilah sentiasa besar di sisi hambaNya. Murka Tuhan besar semuanya. Seorang raja, sekilas murkanya adalah bala! Inikan Allah yang maha berat murkaNya. Ia bukan Mahafiraun, bahkan Dialah Allah yang Maha – Maha.

    Orang mukmin, dosa ibarat gunung yang menimpa. Menggerunkan. Orang munafik, dosa hanyalah lalat yang hinggap di hidung. Menyerabut saja.

    Pilihan raya umum ke 12 di negara kita membuka tirai. Natijahnya adalah masa depan negara. Negara adalah kita dan anak – anak kita juga. Negara yang baik diselubungi ampunan Tuhan. Negara yang buruk diambang kemurkaan Tuhan.

    Pilihan raya nilai kiranya pada undi yang diberi. Satu diri satu undi. Seorang ulama atau cendekiawan memiliki satu undi, samalah dengan seorang bodoh dungu atau pelacur.

    Satu undi si alim yang menolak negara ke kemurkaanNya adalah sebab kepada murka dan nerakaNya. Satu undi si pelacur yang menarik gembira dan ridhaNya adalah sebab untuk mengetuk ridha dan syurgaNya.

    Setiap pekerjaan adalah berbekas di sisiNya. Dia Maha Halus dan Maha Seni.

    Justeru bergerak adalah memberi bekas sebagaimana diam juga memberi bekas. Samada anda mengundi atau tidak, itulah tindakan dan anda kenalah tunggu akibat baik dan buruknya tindakan itu di sisiNya.

    Berdiam membiarkan kebaikan berterusan adalah pahala yang didamba, manakala berdiam membiarkan kejahatan berterusan adalah dosa yang mesti ditanggung.

    Dua undi pada pilihan raya 2004 telah menyelamatkan Kelantan daripada jatuh kepada pendukung faham sekular yang menolak negara kepada murkaNya. Kekurangan tiga undi itulah yang menjadikan UMNO Kelantan separuh gila selama empat tahun menanggung keperitan kekalahan kepada Islam dan pejuangnya.

    Dua undi itulah yang menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan. Jika sebaliknya, anda pastinya telah melihat di Kelantan kedai 7 eleven dipenuhi botol – botol arak untuk tegukan anak remaja Melayu. Anda pastinya telah menyaksikan tiada lagi erti halal dan haram dalam perbendaharaan negeri. Anda akan menyaksikan kemaksiatan yang tidak dihiraukan, malah digalakkan.

    Anda pastinya kehilangan qudwah dan contoh yang hebat sebuah pemerintahan Islam yang ulama adalah pemandunya. Tidakkah dalam malu – malu dan enggan, kerajaan pusat telah meniru Kelantan dalam beberapa tindakannya selepas ditibai dan dibantai habis – habisan? Ingat cuti 2 hari seminggu? Tidakkah Kelantan hampir lumat digiling? Ingat cuti bersalin 60 hari? Tidakkah Kelantan hampir lunyai dipajan? Ingat sistem pajak gadai Islam yang kini diterima pakai oleh bank – bank konvensional?

    Justeru anda harus faham dan akur bahawa satu undi nilainya adalah seribu undi. Satu undi mampu mengubah landskap politik negara. Pak Lah bermaharaja lela dalam tidurnya menaikkan harga minyak dan barang dan mengagihkan kekayaan negara kepada sesama keluarganya kerana kuasa undi yang memberinya keselesaan penuh. Itu baru dalam tidurnya! Jika beliau celik, habis pejuang disumbat ISA agaknya.

    Jangan bangkitkan Pak Lah daripada tidurnya! Harimau dalam lalinya disangkarkan.

    Kerusi pembangkang yang banyak di parimen mampu menyekat Pak Lah daripada bertindak sesuka hati membodohkan rakyat. Kekuatan penentangan dan nasihat yang baik di parlimen akan membri rakyat kesedaran untuk berfikir dan berubah demi maruah dan jati diri.

    Undilah PAS untuk kedaulatan Islam.

    I’tizar: Terima kasih kepada sahabat – sahabat yang memberi komentar yang bagus – bagus yang memerlukan penjelasan saya. Saya mohon untuk menangguhkannya sehinggalah selepas pilihan raya nanti. Insya Allah, saya akan menjawabnya selepas itu. Anda bolehlah terus memberi, sementara saya dan yang lain membacanya dahulu.

    globalmalau

  9. Takutnya.
    Banyak betul hantu…

  10. Gila ah?…. betul-betul la SPR ni tipu nak mampos…

  11. Aku belum berjaya takut kepada ALLAH ,macamana aku mesti takut kepada hantu.Ini tidak boleh jadi.

  12. sape la bg lepas hantu2 ni..mcm mn negara nk aman kl ad antu2 mcm ni..sng cite, yg lpas antu2 ni pun mcm antu jgk, sbb tu mkin byk antu dlm negara ni..ish2..

  13. salam…apa komen anda kalau Pak Lah katakan “phantom voters” sebenarnya bukan “phantom voters” tetapi “outstation voters”?agaknya “outstation voters” ni di datangkan khas dr alam baqa utk undi BN?…LAWOK….

  14. Salam…
    Meh ramai2 kita baca surah Annas…
    Nk halau antu2 nih…

  15. Tepok amai2..
    Belalang kupu2…
    Baca yasin ramai2…
    Halau sume hantu…

  16. ya Allah, kami rakyat malaysia telah dianiaya. maka balasilah mereka atau berilah petunjuk kepada mereka. sesungguhnya Engkau cepat mengabulkan permintaan hamba-hambaMu yang dianiaya.

  17. Kalau hantu betol, senang sket nak halau. Baca ayat2 suci al-quran al-karim je. Hantu ni ketegaq!! Susah nak halau.

    Tp kalau nak halau hantu2 ni, caranya kena halau bapak antu dulu. Bile bapak antu dh blah, mesti anak2 antu nih ikut.

    Kat tganu, antara yang pegi mengundi ialah org indon dan org kulit hitam (lbh hitam dr samy velu). Aikk..ni negara sape??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: