• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Tawaran PAS kepada wanita

Macam-macam anda dapat di bawah pemerintahan Islam….

  1. Cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan tujuh hari untuk memberi ruang kepada ibu bapa meluangkan masa bersama bayi dalam mewujudkan suasana kekeluargaan yang lebih sihat.
  2. Pertingkatkan kebajikan wanita, khususnya ibu tunggal yang susah bagi meringankan beban kehidupan melalui Skim Armalah, yang dipraktikkan di Kelantan.
  3. Perkenalkan akta yang menghalang wanita daripada dieksploitasi, khususnya dalam bidang komersial.
  4. Perkenalkan akta yang mewajibkan majikan menubuhkan pusat asuhan di tempat kerja.
  5. Menawarkan waktu kerja anjal atau konsep bekerja dari rumah.
  6. Menubuhkan pusat kesihatan dan sukan khusus untuk wanita.
Advertisements

BOHONG! Media BN Contohi Sikap Buruk Abdullah

Dalam dua tiga hari ini, episod pembohongan Abdullah Badawi semakin menjadi trend terbaru yang turut dicontohi oleh wartawan media arus perdana yang dikuasai oleh BN. Pada 12 Februari lalu Abdullah @ Dollah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari. Walaubagaimana pun, pada waktu tengahari keesokkan harinya beliau menjual nama Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen secara mengejut. Ini adalah tabiat buruk Dollah yang mana berbohong itu adalah sifat terkeji kolongan munafik.

Kini, para wartawan khususnya dari Bernama telah turut sama menyertai pakatan munafik ini dan turut sama memainkan peranan dalam membohongi rakyat.

Teruskan membaca

Sejarah Demontrasi : Rais Yatim Disaran Kembali Ke Tingkatan 3

Nampaknya Barisan Nasional semakin tidak rasional kini. Tuduhan Rais Yatim bahawa Demontrasi Jalanan boleh ranapkan negara mengambarkan suatu ugutan kepada rakyat dan menafikan hak demokrasi rakyat.

Kebebasan berhimpun adalah dijamin melalui perlembagaan dan penganjur demontrasi sentiasa akur untuk memohon permit berdasarkan peruntukkan undang-undang. Cuma pegawai-pegawai atasan Polis yang telah diperkudakan oleh BN telah menafikan hak ini. Setiap permohonan pasti akan ditolak walhal tiada sejarah yang menunjukkan himpunan rakyat dijalanan menimbulkan huru hara atau meranapkan negara.

Teruskan membaca