• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Seks, rasuah – identiti BN – UMNO

  • Tan Sri Rahim Tamby Chik
  • Mantan Ketua Menteri Melaka
  • Mantan Naib Presiden UMNO
  • Terlibat dalam skandal seks dengan seorang gadis di Melaka. 1985
  • Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas
  • Dato’ Dr. Chua Sok Lai
  • Menteri Kesihatan
  • Naib Presiden MCA
  • Terlibat dengan skandal seks dengan seorang perempuan Angelina Yam di Johor. 2007. Letak semua jawatan rasmi. MCA sama MCA tikam belakang?
  • Senator Norhayati Onn
  • Senator Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor
  • Apa kesudahannya? ..masih menunggu…
  • Tan Sri Muhammad Taib
  • Menteri Besar Selangor
  • Orang nombor 3 dalam UMNO
  • Kahwin lari ke England 1987, cerai di Malaysia 1991, bayar wang mut’ah RM16 juta 1993
  • Bawa duit RM2juta di Australia
  • Apa kesudahannya? Senyap sahaja. Lepas jawatan MB
  • Abu Hassan Omar
  • Menteri Besar Selangor
  • Mantan Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor
  • Skandal seks
  • Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas. Letak jawatan MB
  • Tan Sri Isa Samad
  • Menteri Besar Negeri Sembilan
  • Menteri Wilayah Persekutuan
  • Naib Presiden UMNO
  • Skandal rasuah dalam UMNO
  • Apa kesudahannya? Di arah letak jawatan Menteri Wilayah dan Naib Presiden UMNO
  • Dato’ Seri Abdullah Badawi
  • Perdana Menteri, Presiden UMNO
  • Yayasan Bumiptera Pulau Pinang RM500 juta
  • Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas
  • Dato’ Seri Najib Tun Razak
  • Tim. Perdana Menteri
  • Tim. Presiden UMNO
  • Kerugian KOBENA RM80 juta
  • Kes khalwat di P.D. dengan artis Ziana Zain
  • Kes Altantuya
  • Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas
  • TYT Tun Khalil Yaakob
  • Gabenor Melaka
  • Mantan Menteri Besar Pahang
  • Mantan Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri
  • Seleweng konsensi balak Pahang
  • Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas
  • Dato’ Seri Samy Velu
  • Menteri Kerjaraya
  • Lesapkan RM70 juta duit masyarakat India
  • Apa kesudahannya?
  • Tan Sri Musa Aman
  • Ketua Menteri Sabah
  • 25 tuduhan rasuah, skandal seks dan ugutan
  • Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas
     
Apakah kita MAHU undi BN lagi?  Tepuk dada tanya SELERA.
Atau apakah kita PERLU undi BN lagi? Tepuk dada tanya AKAL.
Apakah tidak ada ALTERNATIF? Anda mampu mengubahnya!

Advertisements

Peguam Wanita Bukan Islam Calon PAS di Tiram

Oleh IndianMalaysianOnline
Terjemahan GB

Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Mahfodz Mohamed (kiri) besama Kumutha Raman, wanita bukan-Islam pertama yang dicalonkan oleh Parti yang akan bertanding di DUN Ulu Tiram. Di kanannya ialah abangnya R. Logeswaran.

JOHOR BARU: Kumutha Raman kelihatan agak gementar didekati wartawan, bersama komputer riba dan perakam suara, berasak untuk satu sesi wawancara dengannya.

Lulusan undang-undang berusia 29 tahun itu baru saja dinamakan sebagai calon bukan Islam pertama Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum pada 8 Mac ini.

Teruskan membaca

Mungkin Orang Cina Pandai Berpolitik

Oleh Ibrahim Ibrahim

Apakah ada perbezaan cara orang-orang Melayu berpolitik berbanding dengan orang-orang Cina? Jika kita teliti sejarah dan ‘pattern’rang-orang Cina mengundi kita dapat membuat sedikit rumusan tentang cara mereka mengguna pilihanraya umum demi untuk kepentingan bangsa mereka. Kita akan dapat lihat seolah-olah ada sesuatu permainan yang bijak dalam memilih calon/parti yang bertanding.

Teruskan membaca

BOHONG! Media BN Contohi Sikap Buruk Abdullah

Dalam dua tiga hari ini, episod pembohongan Abdullah Badawi semakin menjadi trend terbaru yang turut dicontohi oleh wartawan media arus perdana yang dikuasai oleh BN. Pada 12 Februari lalu Abdullah @ Dollah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari. Walaubagaimana pun, pada waktu tengahari keesokkan harinya beliau menjual nama Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen secara mengejut. Ini adalah tabiat buruk Dollah yang mana berbohong itu adalah sifat terkeji kolongan munafik.

Kini, para wartawan khususnya dari Bernama telah turut sama menyertai pakatan munafik ini dan turut sama memainkan peranan dalam membohongi rakyat.

Teruskan membaca

Umno perkudakan Cina dan India Untuk Kepentingan Politik Mereka

Setelah 5o tahun memerintah negara, kini Umno terus berjaya memperkudakan pengikut MCA dan MIC untuk menyokong mereka atas dasar Barisan Nasional. Gabungan ini nampak kuat dari luar tetapi sebenarnya terlalu longgar di dalamnya.

Walaupun gabungan ini memiliki begitu banyak parti komponen didalamnya tetapi sejak 50 tahun lalu, pemimpin Umno masih lagi menguasai tampuk kepimpinan BN. Dari Pengerusi BN yang dipegang oleh Presiden Umno hinggalah kepada jawatankuasa Putera dan Puteri BN yang turut diketuai oleh pemimpin UMNO.

Teruskan membaca

16 Sebab Kenapa Rakyat perlu buat perubahan dan diketepikan BN!

Oleh Penarik Beca

Bangga sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menyatakan, Barisan Nasional (BN) ada banyak bukti kejayaan. Memang banyak. Antaranya ialah:

1. Harga barang naik mendera rakyat

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 28 Februari 2006 menyebabkan kenaikan harga barang bertambah buruk.

Tindakan itu berpunca dari sifat kedekut untuk membelanjakan RM4.4 bilion setahun demi kepentingan rakyat. Pada masa yang sama, kerajaan begitu bermurah hati membelanjakan RM 6.7 bilion setahun untuk memberikan subsidi gas kepada kapitalis-kapitalis kaya raya yang memiliki Independent Power Producers (IPP). Menambahkan lagi pembaziran wang rakyat, tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Teruskan membaca

RTM saluran beracun rakyat – Ustaz Idris Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) – RTM merupakan saluran paling berharga untuk BN menyalurkan suntikan beracun membunuh politik pembangkang daripada terus mendapat tempat di hati rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Teruskan membaca