• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Bersama Pimpinan: Dr. Lo’Lo’ Ghazali

Presiden PAS diarak lima ribu penyokong, Umno Marang kucar-kacir

Oleh Mohd Rashidi Hassan | Foto Nasir Sudin

ImageMARANG, 24 Feb (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.

Teruskan membaca

Calon PAS gabungan ulama, profesional berwibawa

Oleh Abd Shukur Harun

Para pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, 8 Mac ini, akan berpeluang memilih calon terbaik yang akan dikemukakan PAS di seluruh negara.

Calon PAS adalah gabungan mantap daripada kalangan ulama, profesional, intelektual dan para aktivis parti yang sangat dekat dengan rakyat. Mereka telah dipilih melalui pelbagai proses yang akhirnya diluluskan oleh Majlis Syura’ Ulama.

Teruskan membaca

Allah kata, orang yang tolak Islam itu binatang: Nik Aziz

Oleh mstar

KOTA BARU: “Saya cakap yang betul.” Begitulah tingkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditanya sama ada beliau akan menarik balik panggilan “Orang Utan” yang dilemparkannya kepada Umno baru-baru ini.

Mengukuhkan pendiriannya itu, Nik Aziz berkata: “Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan.”

Teruskan membaca

Rawat Umno dulu – Mursyidul Am PAS

Oleh Helmi Khalid

ALOR STAR, 17 Feb (Hrkh) – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan Umno dan BN supaya merawat diri sendiri dan tidak perlu merawat Kelantan, kerana di sana sudah ada doktor dan hospital tersendiri dan rakyat Kelantan sihat belaka.

“Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak, jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu,” katanya.

Teruskan membaca

PAS letak 10 calon wanita, 5 darinya doktor

KUALA LUMPUR, 19 Feb: PAS akan meletakkan sekurang-kurangnya 10 calon wanita dalam pilihan raya umum akan datang ini berbanding hanya lima pada pilihan raya 2004 lalu.

Empat daripadanya akan bertanding di Parlimen manakala enam lagi di Dewan Undangan Negeri. Mereka adalah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa – gambar) , Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja, Selangor), Dr Najihatul Salihah Ahmad (Parit, Perak) dan Siti Maryam Naam (Jempol, Negeri Sembilan).

Teruskan membaca

Ceramah AMANAT PRESIDEN PAS Menjelang Pilihanraya Ke-12

Ceramah AMANAT PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Hj. Abd Hadi Awang akan berlangsung di Darul Ummah, Markas PAS Titiwangsa, Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2008, Jam 9.00 malam.

Penceramah lain yang akan hadir adalah YB. Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS yang juga wakil Kerajaan Kelantan. Hj. Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan Dr. Lo’Lo Hj. Mohd Ghazali, AJK PAS Pusat.

Pengundi-pengundi Lembah Klang serta dari Pantai Timur, Utara dan Selatan yang berada di sekitar Lembah Klang adalah dijemput hadir bagi mendengarkan amanat Presiden PAS menjelang Pilihanraya ke-12 ini.

Antara agenda menarik adalah siri penerangan manifesto PAS, pelancaran baju rasmi petugas pilihanraya PAS, dan juga jualan peralatan bagi kempen pilihanraya.