• Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

    Bank Islam : 14023010000110

    Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :

    Khairil : 019-5732576
    Hilmy : 016-2333024

  • RSS Malaysiakini (English)

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Visi

50 Tahun rakyat dan negara ini diperintah oleh Barisan Nasional. 50 tahun adalah cerita separuh abad yang sudah berlalu. Saban waktu rakyat dihadapkan dengan PROGRAM BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH yang di bawakan oleh Barisan Nasional yang hingga kini masih lagi mengungkit-ungkit pembangunan yang telah dilalui.

Jasa Kepada rakyat menjadi modal yang menuntut pengertian ‘membayar budi’. Memang wajar untuk setiap insan membayar budi insan lain. Namun dalam konteks kenegaraan berdemokrasi, Pilihanraya menjadi medan untuk kita memilih wakil rakyat yang akan bekerja untuk rakyat, menjadi ‘hamba rakyat’ dan makan minum mereka akan dibayar oleh rakyat. Setelah dilantik wakil rakyat wajar membayar budi rakyat yang memilih mereka.

Tibanya Pilihanraya ke-12, tidak selayaknya wakil-wakil rakyat ini menuntut rakyat membayar budi pada mereka sebagai mana yang Najib lakukan kepada peneroka FELDA. Rakyat telah memilih mereka dan apa yang rakyat dapat ketika mereka memerintah adalah hak rakyat. Jadi rakyat tidak berhutang pada mereka.

Dalam konteks sandiwara ‘membalas jasa rakyat’, kita jangan lupa. Ketika Barisan Nasional memerintah mereka juga telah melakukan banyak penyelewengan, pecah amanah, rasuah, ugutan, salahguna kuasa, kezaliman undang-undang, pembaziran, penipuan, dan mengemukakan dasar-dasar yang menyusahkan rakyat seperti kenaikkan harga minyak serta kegagalan mereka membanteras jenayah.

Justeru itu, disebalik kita menghargai jasa mereka kita juga wajar berfikir untuk perjalanan separuh abad yang kedua yang kini sewajarnya diberikan kepada muka-muka baru khususnya dari kalangan Barisan Alternatif. Penggabungan generasi Alternatif ini dengan slogan NEGARA BERKEBAJIKAN pastinya menjanjikan sistem yang lebih baik dari Barisan Nasional. Rakyat seharusnya berani untuk memberikan peluang dan membuat perubahan.

Oleh itu, dalam siri pilihanraya ke-12 ini PAS Wilayah Persekutuan akan turut serta menampilkan calon berkebolehan sebagai alternatif terhadap kecurangan pemimpin Barisan Nasoinal selama ini.

PAS secara rasminya akan bertanding di tiga buah kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Parlimen Titiwangsa, Labuan dan Putrajaya. PAS Wilayah Persekutuan bergabung dengan KeADILan dan DAP bagi memastikan;

  1. Segala Pembohongan dan juga manipulasi Barisan Nasional selama 50 tahun dibongkar pada pilihanraya ke-12 ini.
  2. Barisan Alternatif menguasai majoriti kerusi di Wilayah Persekutuan dan menafikan penguasaan penuh 2/3 Parlimen oleh Barisan Nasional.
  3. Suara rakyat di Wilayah Persekutuan dapat didengar dan menjadi dominan di Parlimen melalui wakil-wakil berkaliber yang mengutamakan kepentingan rakyat dari PROJEK UNTUK KEPENTINGAN KRONI.
  4. Keselamatan, keharmonian, dan kesejahteraan ekonomi rakyat dipulihkan semula.

Untuk memastikan hasrat ini tercapai, adalah menjadi harapan kami agar rakyat dapat memberikan peluang lima tahun untuk kami membuktikan bahawa kami mampu membela anda! Inilah masa untuk membuat perubahan, dari akal turun ke hati, dari hati turunlah ke jari dan undilah calon kami!

 

Preview 2004 Kawasan Yang Akan Ditandingi;

 

Parlimen – P119 Titiwangsa

Parlimen – P125 Putrajaya

Parlimen – P166 Labuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: